Somewhere dalam 2 minggu lepas aku ada menulis pada Team Ultron untuk mendapatkan free slot. Mereka offer disebabkan diorg salah sorang sponsor untuk event ni. Aku cuba dapatkan slot 21km disebabkan tengah bersemangat lepas tamatkan 15km Natura Run For Hope sebelum tu. I feel good at the times disebabkan berjaya maintain pace consistently untuk whole run.
Excited punya excited sampai training pun ke laut. Dah nak event rasa gentar sket bila tengok map bukit cam harom. Event ni dibuat kat Highway dan untuk kategori 21km tu akan naik all the way sampai bukit lanjan. Sedangkan kereta persona aku pun tersengguk nak lepaskan bukit tu inikan lagi kenderaan berat macam aku. Mau bila u turn lepas bukit tu aku guling je sebab tak larat.
Anyway 2 hari lepas aku dapat tau yang aku tak
dapat free slot tu. Maybe sebab utama aku sendiri dah register untuk event ni
bg distance 12km. Takpe syukur juga sebab aku tak training pun . Nanti menyeksa
diri plak. Last lari HM rasanya dalam 2 tahun lepas.
Jadi looking forward utk lari 12km kat highway
ahad ni. Harap-harap elevation tak la teruk sangat sebab distance pendek je
berbanding HM. Aku rasa tahun ni macam satu trend baru lari atas highway ni.
SCKLM pernah buat tahun 2014, MWM dah buat tahun ni dan skrg ni UEM Charity Run
pula.
Anyway lets make sure dapat tamatkan dengan selamat
No comments:
Post a Comment