31.10.16

Rembau Challenge 2016 : #FatBoyTakeOnRembau

Aku mengambil masa untuk buat post ni disebabkan kesibukan ketara dalam urusan kerja dan peribadi. Namun aku tetap berazam nak tulis juga supaya boleh aku jadikan kenangan untuk hari tua nanti. Kah kah kah.
Aku mendaftar event ni atas dasar teringin ikut kawan aje. Kawan aku Yukhaimi daftar masuk. Bila time aku nak register early bird dah habis tetapi berjaya PM tepi dengan penganjur dan mendaftar secara manual dengan dapat juga early bird fee. Sejak pindah rumah ni aku sengkek habis disebabkan bajet sentiasa tak mencukupi. Masuk event ni juga buat aku terpaksa let go Larian Kuala Kangsar walaupun dah daftar. Kos tinggi untuk lari ke sana tahun ni.
Moving forward to a week before event aku baru perasan yang aku tak dapat pun apa-apa confirmation pendaftaran manual aku. Kalut gak la deal dengan penganjur. hari Jumaat baru la dapat confirmation yang nama aku dalam list.
Event ni route dia jenis full of suprises kot sebab hanya release dalam 4 hari sebelum event. Pada masa pendaftaran dijanjikan 62km, keluar route jadi 60.5km dan akhirnya masa race briefing jadi 65km. Haaa.. layan je la cabarannya.
Race briefing aku tak dengar disebabkan jauh dan malas nak ulang alik. Terima kasih kepada Yukhaimi yang membantu aku dengan dengar race briefing. Banyak ilmu diturunkan sebelum race kat parking kete.

Event ni bagi aku amat mewah. Racekit yang amat berbaloi. Dengan RM100 benda ni kau dapat masa collect racekit. Puas hati. Siap dapat bag waterproof (belum diuji) lagi.
Race bermula jam 7.45 pagi stgh jam selepas peserta Elite dilepaskan. Elite ni lagi power habaq hang. Hari Sabtu dah race dalam 70km, Ahad race lagi 65km. Kalau aku masuk Sabtu, Ahad konfem DNF. Haha.





Pertama adalah larian sejauh 2km atas road. Pusing town Rembau je. Walaupun 2km tapi semua pecut habis. Aku pun terikut-ikut. Lepas 1km aku pun pancit. Kah kah kah. 2km pun azab aku nak habiskan. Lepas tu mula la kayuh. Atas road aku tekan habih. Bajet fitness superb. Siap pakai gear besar lagi. Pecut punya pecut semua aku potong. Lepas 10 minit habih terus tenaga. Kah kah kah. Sikit demi sedikit semua potong aku balik. Mesti depa kata time potong " tu la poyo sangat macam power nak kayuh laju, kan dah pancit...padan muka!"




Kayuh road dalam 5km rasanya kemudian masuk offroad. Offroad yang disajikan bukit sesaje. Mula2 aku layan lagi nak hadap. lama2 tu aku rehat gak kat tepi. Rasa jantung nak pecah. Rest 10 saat pastu sambung. TIme ni aku rugi banyak masa sebab time ni offroad basikal bersusun, kau rehat konfem kau tertinggal jauh.

Offroad dia all rideable kecuali ada satu simpang tu, terlalu mencanak dan tanah pasir licin. Downhill memang xyah cakap la memang terbaik sebab kau dah climbing lama. Kelemahan aku kat sini adalah basikal aku pakai rigid fork so aku tak berani nak downhill laju2 so aku still control speed supaya tak jatuh.. Offroad ni tak bersifat teknikal tapi bagi aku cukup puas sebab ada turun naik yang menarik. Dalam ni ada satu water station tapi aku tak berenti pun, acah2 power dan nak potong orang. Haha.
Offroad dlm 15km sebelum bermula laluan sungai. Supposedly bleh kayuh dlm sungai tu sebab cetek. Tapi buat habis tenaga je kayuh . Pasir sungai buat tayar hilang grip. So aku menolak je dalam 1km. Kemudian sambung offroad sehingga tiba ke kawasan sekolah. 
Nama sekolah pun aku dah lupa. Park basikal dan lari plak dlm 3km keliling sawah . Xde elevation sgt pun tapi aku kepenatan habis so ada certain part jalan je.
Sambung seterusnya kayuh offroad dalam 15km menuju ke kaki gunung dato utk sambung run plak. Sblm sampai ada mystery challenge jalan atas kulit kelapa satu pusingan. Siap ada syarat kene buka kasut dan stokin. Bleh krem woo. Sambung kayuh ke tapak kaki gunung dato. 
Kat sini bagi aku di mana aku lost banyak masa. Sebab utama aku dah kepenatan habis. Energy takde. Aku minum 100 plus + mineral water je. Kesilapan kedua aku kat sini, sptt aku rest jap. Makan choki2 atau kurma yang aku bawa utk energy. Tapi pada masa tu aku beranggapan nak continue sebab tak nak buang masa. 
In the end kat area ni aku buang paling banyak masa di mana aku spend dlm 55 minit utk 5km run. Naik gng dato half way hingga ke air terjun petai dan patah balik. Sebelum patah balik kene berendam dan sentuh signboard dulu. Sejuk. Nikmat tapi tak stay lama sbb takut krem. 
Kemudian sambung semula kayuh offroad + road hingga ke Finishing line. Masa kayuh ni juga part paling suffer sebab basikal dah mula buat hal, mental koyak dan rasa jauh sangat nak habis. Dalam otak aku masa tu berwirid "jangan DNF, jangan DNF, jangan DNF. Sepatutnya ada satu Challenge lagi which is trail run + river crossing tapi entah kenapa utk Individual tak yah buat pula.Syukur juga tak buat sebab mental aku mesti lagi koyak untuk setelkan tu. Kat Finishing line pula ada dlm 3 obstacles kena diuruskan lepas kau parking basikal sebelum kau dikira officially menamatkan race.


Kepuasan tak terhingga bila menamatkan Rembau Challenge. Bagi aku ni aktiviti paling mencabar pernah aku masuk. Seksaan terakhir di gunung dato dan last cycle tu amat menyeksakan. Kena plak hub basikal buat hal dalam last 15km cycle tu. 
For sure aku akan masuk Event ni semula tahun depan. Dengan syarat fee masih affordable. Target seperti biasa adalah improve timing tahun ni.
Beberapa kesilapan aku pada tahun ni perlu aku perbaiki to improve timing terutama bab fitness diri. sebab last run dan last cycle adalah part di mana aku habis terlalu banyak tenaga dan bagi ruang untuk orang potong aku.
 

Aku tamatkan event ni dengan official time 5 jam 24 minit di kedudukan 114/167 men individual. Position dan timing tak cantik tapi dapat habiskan satu kepuasan. Kepuasan ni dah cukup untuk orang biasa- biasa  macam aku.

Terima kasih Rembau Challenge 2016 kita jumpa lagi tahun depan.




No comments: