6.5.17

Melati Hill : Revisit



Last naik bulan April tahun lepas. Setahun dah. Ini adalah review aku dalam setahun lepas. Dalam setahun tu banyak perubahan dah berlaku kat Bukit Melati ni. Antaranya laluan dah jadi makin panjang dan makin banyak puncak . Setiap puncak pun dah ada nama tersendiri seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Rope Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill. Aku datang pun dengan harapan diberikan tenaga untuk jengah semua hill yang ada. 

Plan punya plan dari awal tahun, 1 Mei lepas baru aku sempat nak naik. Bertanya juga kepada kawan yang biasa ke sana dengan laluan baru ni berapa total distance. Katanya boleh dapat dalam 8km dengan aturan berikut 
Tokong-Centipede-Monkey-Rope_Monkey-Cobra-Mosquito.
Aku pun gigih gak la mencari signboard yang ada untuk dapatkan aturan ni, malangnya dengan bonk habis, kaki lenguh dan otak pun tak mampu nak berfikir. So aku balun je mana laluan yang aku nampak depan mata. Hasilnya hanya dapat 5.5km sahaja. Kah kah kah. Tu pun minta nyawa habis.Awal2 tu laju je naik lama2 pastu nak turun pun aku siap amik napas lagi. Bukit dia bleh tahan mencanak gak. Sesak dada
.
Laluan yang aku naik ni aku rasa aturannya begini.
Tokong-Centipide-Rope-Cobra-Monkey-Centipede-Mosquito-Cobra. 



Bleh la cuba kepada yang berminat.
Anyway, kene berterima kasih kepada uncle dan auntie yang buka laluan ni. Dari pendek je satu laluan sampai dah ada macam2 laluan sekarang. Melati Hill ni pun dah makin komersil, ramai betul orang naik. So kepada sesiapa yang berminat aku cadangkan time matahari terbit paling sesuai naik atas. Time sebelum tu masih boleh naik atas cuma dengan adanya banyak kubang babi kat sepanjang laluan aku rasa baik tunggu dah cerah sket untuk naik bagi elakkan apa2 risiko yang tak diingini.


Review ketiga pula berkenaan trail baru di Melati Hill : Eagle Hill. Klik sini,

No comments: