18.8.17

2017 : Why more running & less cycling

Awal tahun ni aku dapat anak kedua lepas 8 tahun menunggu. Disebabkan aku skrg pun dah ddk sendiri so mostly aku uruskan anak, baby dan isteri. Family aku dan mertua gak banyak membantu dengan tido hampir setiap hari utk tolong sama2 masa berpantang.
So atas sebab urusan ni aku dah xde masa bersukan. Ada juga dpt satu free slot dr ActionPix utk Shah Alam Half Marathon. Tu pun separuh mati nak habiskan HM.
Dalam bulan 3,aku dah start mula2 sakit kepala. Dengan sibuk keje, balik uruskan keluarga dan abah aku sakit buat aku xde masa bersukan. Bila check dgn Doktor dia kata aku kene high blood pressure. Dia punya sakit time kene umpama ada satu urat dr blkg kepala sampai hujung tulang belakang yang berdenyut2. Seksa.
Doktor yg rawat aku pula rupanya runners juga. So terus berkawan dan dia bagi nasihat untuk ubah lifestyle. So aku race against time dalam 1 bulan utk stabilize tekanan darah aku sebab nak elakkan mula kene makan ubat. Once dh makan xleh nak stop.
So bila kene bersukan benda yang paling mudah buat aku adalah berlari. Sebab aku tak jauh dr rumah, masa pun tak lama dihabiskan. Bila banyak berlari basikal pun dah kurang. Merasa la kayuh once or twice a month.
Bila kurang kayuh kawan2 pun mula meninggalkan. Mungkin sebab minat pun dah tak sama. Rapat jadi renggang. Renggang jadi jauh. Xpa benda ni kena terima dgn hati yang terbuka.
In the end aku berjaya stabilize blood pressure aku dan sampai skrg masih maintain. Aku masih senang berlari kerana dengan berlari aku dapat dua benda satu kesihatan dan dua spend masa dengan keluarga.
Basikal tak mungkin ditinggalkan, tunggu masa nanti, mungkin tahun depan pasti aktif semula.

No comments: