24.10.17

Newton Challenge 2017 : Azab dunia

The reason aku mendaftar adalah untuk jadikan ia satu bentuk persediaan bagi event lain pada bulan 11. Sebab aku tak rasa mampu untuk berlari sendiri pada distance sebegitu jika dibuat berseorangan. So bila dah open registration aku dengan tenang mendaftar. Tq kepada Yukhaimi yang bantu amikkan racekit di MyTown, Cheras. Terima kasih juga kepada Yukhaimi yang sudi carpool ke tapak event.




Since event ni mulanya jam 5.30 jadi ada kegusaran kat mana nak solat subuh. Aku pernah dulu masuk event ni dan tau bahawa surau tak disediakan oleh penganjur di mana- mana sepanjang laluan. So kena la pandai2 sendiri. Plan nak solat dulu baru flag off tak sesuai sebab ada rules kene flag off 30 mini selepas official flag off kalau tak tak dibenarkan lari. Untung juga pada permulaan laluan diubah sket berbanding dulu di mana lalu depan Masjid dan just nice pada lalu tu lagi 5 minit nak Subuh. So selepas selesaikan apa yang patut baru sambung lari.


The problem with berenti lama ni adalah bila kau sambung lari, kau menjadi kelompok yang paling akhir sekali. Jadi larian berasa amat lonely sekali melain kau adalah fast runner. Untuk aku sendiri ditinggalkan oleh Yukhaimi dan Zaidi sejak KM ke 2 hingga la garisan penamat. Untuk aku mengejar kelompok lain di belakang ambil masa lebih 30 minit. Dalam km ke 7 sebelum u turn pertama baru aku mula rapat dengan kelompok belakang.
1st 10km bagi aku its a good run. Tak laju tetapi konsisten. Kalau aku lari laju pun akan cepat burnout so better aku control pace. Bukit pun masih aku lari walaupun aku perlahankan pace. Untuk next 10 km bagi aku dah mula terasa azab.  Hard to motivate yourself bila most people pun berjalan. Aku tak salahkan diorg berjalan tetapi salahkan diri sendiri tak kuatkan mental untuk berlari di kala yang lain berjalan menaiki bukit. Di situ juga la pada 10km kedua di mana the famous bukit amah berada. Aku hanya lari half dan jalan half sahaja. Mentally at that point aku masih ok walaupun dah mula banyak berjalan daripada berlari.
The worst part of the race comes starting at 20km mark. Aku ingat lagi time tu baru lepas WS di depan kawasan apartment dan time tu aku dah potong beberapa orang. Feeling very good and suddenly aku rasa sakit teramat sangat kat lutut kiri. Aku stop, pegang lutut dan kata dalam hati "habis, konfem DNF". Aku cuba jalan je pada masa tu, sebab rasa tak berbaloi nak DNF dengan baki 10km lagi. So dalam 10km terakhir tu aku rasa aku hanya lari 10% sahaja. Part paling terus adalah ketika simpang Kinrara Residence di mana kau kene lalu loop naik bukit dan kau dah nampak ramai buat u turn turun bukit menghala ke finishing line. Mentally aku broke down. The only way aku nak sampai ke finishing line adalah dengan berjalan. Time tu aku yakin aku akan sampai melepasi COT 4 jam 45 minit.
Cuaca panas pada masa tu tak membantu langsung di kala kaki sakit. Lutut kana plak sakit tak lama lepas lutut  kiri sakit. Ditambah lagi dengan mental down aku dah banyak kali terfikir nak DNF. Sempat balas mesej kat kwn2 bgtau nak DNF walaupun masih berjalan kaki. Ada banyak masa aku duduk kat kaki lima mengenang nasib tak sudah.
Disebabkan aku tengok ada juga beberapa orang kelompok di belakang aku so aku rasa jalan je la sampai habis. Which I did. Aku lari dalam 200m je kot ke finishing line takut ada photographer amik gambar tengah berjalan.



Yang kelakarnya photographer pun dah balik sebab sampai lambat sangat. Kah kah kah.Tapi syukur la sebelum finishing line sempat mesej Zaidi amik gambar so ada la sekeping.  Kat finishing line hape pun dah xde. Orang dah banyak balik. Pisang habis, tinggal 100 plus je la. So baring kejap amik gambar dan gerak balik.

Post race recovery mengambil aku masa lebih dari seminggu. Sehingga hari ni lutut, betis dan keting kiri masih sakit. Aku juga perasan ada lebam kat betis kiri most probably punca sakit betis time lari hari tu.


This sufffering time berlari dan post race recovery yang amat lama membuatkan aku terfikir kemampuan aku nak habiskan lari pada event bulan 11 nanti. Mentally dan physically masih belum sampai lagi aku rasa. Mungkin terlalu awal atau mungkin belum tiba masanya.


No comments: