20.8.18

Sepang Duathlon : Last Minit

Premis sebab masuk event ni mudah sahaja. Pertama memang minat nak masuk sebab fee murah. Kemudian tak mampu nak register walaupun fee murah. Seterusnya 2 minggu sebelum nak ttp registration ada duit sket teringin nak register. Tiba2 teringat kene outstation pada tarikh event tak jadi register. 3 hari sebelum event dapat tau outstation dibatalkan sebab ofis kedekut tak bagi keluar ramai dan akhirnya pada hari terakhir registration terus daftar atas dasar geram dengan ofis kedekut.
Disebabkan pendaftaran amat last minit jadi nak amik Olympic Distance aku tak berapa yakin. Ditambah pula dengan badan dipam pam dengan hebat menyebabkan berat naik mendadak macam tong minyak jadi sesuai jika aku mencuba Sprint sahaja.


Jadi mudah 5km Run 30km Bike dan 5km Run dengan COT 3.5 jam. Which bagi aku very doable. The problem is basikal aku ada masalah bocor dari valve yang berlarutan sebelum Ramadhan hingga lepas Syawal. 2 kedai aku pegi tak berjaya selesaikan dan akhirnya bila aku kembali ke pangkal jalan kedai kegemaran aku Lasak ProRide masalah tu selesai.
Yang bestnya masalah tu selesai dalam seminggu sebelum  6 hari sebelum event. Jadi with zero mileage on bike dan sket mileage on running few weeks sebelum tu aku rasa  pilih kategori Sprint adalah pilihan tepat. So dalam 6 hari sebelum tu dapat la kayuh sket dalam 70 km buat bekalan  hari event. Jadi lah walaupun tak mencukupi.

Race Kit Collection dibuat jauh kat Kota Damansara jadi aku ejas untuk ambil pada pagi hari kejadian sahaja. BTW one of the plus point aku join selain fee murah adalah lokasi yang dekat di SunSuria City di Kota Warisan. Less than half hour dari rumah aku. Jadi on race day aku datang awal sket sebab nak collect racekit. Parking mudah dan banyak cuma dalam 1km race race site which fine with me.





Tepat 7.30 pagi race bermula, 5km run route akan bawa peserta masuk ke dalam kawasan Xianmen University evelation ada sket je Water station pun ada dua. Sebabkan ini kawasan perumahan baru so traffic hampir zero dan amat selamat utk participants. Rupanya route tak sampai pun 5km short dalam 500 meter which is a blessing. Selain tu utk 1st run ni aku berjaya daptkan pace yang aku tak mampu dapat sejak 4 tahun lepas. Cuma aku yakin sebab terlaju part lari ni time kayuh aku suffer.
Salah satu kelemahan aku dalam duathlon adalah ambil masa yang lama masa transition jadi kali ni aku cuba minimise sebaik mungkin. Trasition time utk 1st tu not bad juga dalam 2 minit lebih.


Selalunya mula cycle ni akan terjadi situasi aku kene leg cramp. Route ni pula ada bukit yang agak mencabar terutama di area IPD Sepang dan jalan menuju Akademi Al Fateh.  Aku try to take it slow and steady. Kudos to organizer sebab sediakan kon untuk sepanjang cycling route ni disebabkan laluan yang dipilih ni very high volume traffic. Setiap simpang pula pasti ada anggota Polis Trafik jaga.


Laluan bukit di IPD Sepang aku boleh tahan lagi cuma bila bukit menuju Akademi Al Fateh aku rasa macam nak pecah dada. Jadi aku pun kayuh se slow mungkin yang penting tak menolak. Ada juga yang aku nampak dah menolak dan ada juga dah muntah tepi jalan. Slow and steady don't win you the race but will ensure u finish the course. Jadi survive 2 bukit ni. Seterusnya tak ada bukit dah sehingga nak masuk kawasan SunSuria City tu balik sahaja tu pun pendek dan tak menyeksa dada. Cycle course ni terlebih 5km dari asal tapi aku ok je. Average speed aku pun decent la walaupun tak training sangat.  Paling best sepanjang kayuh takde rasa nak cramp ataupun terkena cramp tu.


Rupanya untuk 2nd transition dari Bike ke Run aku ambil masa yang lagi pendek dari 1st. Aku terkejar-keja nak habis sebab pada masa tu dah panas dan kalau lambat bahang tu akan melambatkan aku tamat.


2nd run tu as usual pace aku akan lari dari 1st run but not as bad dari jangkaan awal aku. Manage a decent pace bawah 8 walaupun ada banyak kali berjalan sepanjang route.Router adalah sama masa 1st run cuma beza nya adalah cuaca semakin panas dicampur penat menyebabkan amat seksa nak habiskan.
Aku target a modest 3 jam utk finish pada hari aku register disebabkan lack of training but in the end dapat habiskan dalam masa 2 jam 32 minit which amat mengejutkan bagi aku. Cuma in terms of others aku still slow la. Ranking pun corot juga. Its ok aku terima yang penting habis bwh COT dan berjaya finish.


Tak tunggu lama, selepas customary picture bersama basikal, kawan- kawan macam En Adzim dan Kayyoi serta medal aku gerak balik sebab ada kenduri kahwin nak pegi.
BTW balik dari kenduri rasa nak demam, panas badan terus tido je haha. Bahana lack of training ni. Nasib baik tak MC hari berikutnya.






I doubt organizer akan buat lagi kat tempat ni sebab aku rasa dia choose tempat ni nak promo kawasan perumahan baru je cuma aku bagi big A+ kepada organizer. Bagi aku semua cukup untuk event ni. Fee murah tapi facilities setaraf event yang berkali-kali lagi mahal.









No comments: