|
Signboard di laluan masuk |
Bear Hill ni terletak di Bukit Beruang, Melaka. Pada mulanya aku terfikir gak apa sebab nak dinamakan Bear Hill sedangkan boleh gunakan nama dalam Bahasa Melayu. Pada hemat aku mungkin diorg nak asingkan nama untuk elakkan orang confuse. Bukit Beruang tu nama kawasan di Melaka dan jika bukit tu dinamakan Bukit Beruang juga pasti akan mengelirukan orang yang datang.
|
Map Bear Hill |
Previously aku pernah datang 5 hari ke Melaka untuk urusan kerja dan plan nak naik sini tapi gagal. Kemudian ada urusan kerja baru di sini dan aku nekad nak pastikan dapat juga naik. Jadi pada hari Isnin, selesai kerja aku terus ke sana. Kepada yang 1st timer paling mudah nak cari starting ni adalah dengan cari di google maps Bear Hill Starting Point. Ia akan membawa ke Jalan Teratai 4 yang mempunyai parking yang agak banyak but be carefull untuk tak block rumah penduduk sana.
|
Pencawang telekom adalah puncak Bear Hill |
|
Laluan masuk road. turn left di Kenari Merah untuk laluan masuk trail |
|
Bila turn left tadi, nampak tiang lampu ni ada laluan msk trail |
Bear hill ni mempunyai laluan road and trail jadi terpulang nak pilih laluan mana. Untuk aku, loop pertama aku naik road, di puncak aku masuk trail balik sebelum turun semula ke bawah aku gunakan road. Loop kedua pula aku naik road dan di puncak masuk trail dan turun ke bawah guna trail.
Bear Hill ni bagi aku tak tinggi cuma incline dia menyeksakan. aku rasa lebih tinggi dari 10%. It will burn your quads, bust your lung and heart. Kawasan ni cukup terbaik kepada orang yang nak train kawasan bukit atau nak merasai trail. Trail meliputi kawasan hutan simpan yang memerlukan nak turun pokok yang dah tumbang.
|
Di sini incline lebih 10 degree |
Trail dia ada banyak laluan, since aku 1st time aku banyak tanya time naik kat road dan terserempak dengan orang dalam trail. Menurut diorang laluan ada banyak, dan jelas ditunjukkan dalam map yang diorg tunjukkan. Cuma kene hati2 sebab certain trail tak popular takut tersesat. Since aku masuk kawasan hutan simpan, certain area amat gelap walaupun jam baru 6.30 petang.
Ada kawasan yang boleh nampak view area Melaka, di mana kau bleh duduk dan appreciate the view. Kawasan tu menghadap matahari terbenam so bagi aku kalau naik sebelah petang view agak superb.
|
view puncak |
Its a shame aku tak cukup masa untuk explore semua laluan yang ada pada Bear Hill ni sebab ada laluan yang akan membawa kau turun ke tempat selain dari tempat kau bermula iaitu sebelah belakang Bear Hill ni.
Untuk dari bawah ke puncak dan turun semula, jarak adalah average 2.5km dan untuk kenderaan berat macam aku dalam 36 minit. Dari segi difficulty aku rasa mudah je. Nubis pun bleh lalu cuma part incline dia agak azab juga. Kene tabah dengan dugaan. Jangan risau dah penat layan incline dari bawah di puncak menara telekom tu ada tempat nak duduk untuk ambil nafas.
|
Puncak Menara Telekom |
The purpose of writing ni sebab aku nampak tempat ni belum komersil dan tak banyak writing yang menunjukkan lokasi tempat tu, apa yang kau bleh expect dan lain. Jadi satu kerugian untuk orang tidak merasai keindahan dan kenikmatan trail ini. So I hope, post ni membantu especially orang Melaka nak mencuba Bear Hill.
Untuk lebih banyak gambar bleh klik
sini.
No comments:
Post a Comment