15.10.18

Rembau Challenge 2018 : Mungkinkah Edisi Terakhir?

Ini merupakan event yang aku tunggu-tunggu selepas masuk untuk kali pertama pada 2016. 2017 aku menanti juga malangnya tiada event ni. Katanya kekangan kewangan disebabkan Sukan Sea 2017. 
Bila khabar angin menyatakan bahawa 2018 akan diadakan, aku amat teruja dan mendaftar secepat mungkin apabila pendaftaran dibuka. The main attraction untuk masuk ni bagi aku disebabkan value for money dan cabarannya yang amat berbeza dari biasa. Walaubagaimanapun, keterujaan aku berkurang apabila nampak macam tiada update terkini dari penganjur tentang event. Dalam media sosial senyap, map keluar lambat dan lain-lain. Aku yakin ia berkait rapat dengan keputusan PRU 9 Mei di mana MP Rembau tidak lagi menjaga KBS seterusnya menghambarkan event.


Sangkaan aku tepat, semasa race briefing sehari sebelum event telah dinyatakan sebabnya. Selain daripada tu, race map yang keluar 3 hari sebelum event adalah sejauh 54km telah dipendekkan lagi kepada 47km. Its a big downgrade berbanding tahun 2016 yang total distance sejauh 60km++.

Malam sebelum tu, aku tido di rumah kawan dalam 4km dari starting Rembau Challenge. Terima kasih Kamarun tuan rumah atas penginapan dan makan yang tip top sangat sedap kebabom. Duduk dekat ni mudah nak sampai awal ke starting line.


Racekit yang aku kutip jauh beza dari 2016. Tiada lagi personalize sports bib untuk kali ini. hanya small running bib untuk di pin pad badan. Plat pada basikal pun hanya seperti event-event lain tak menggunakan hard material. Tiada goodies seperti sebelum. Just the usual event tee sahaja. Ramai juga komplen kerana sizing amat berbeza di mana banyak dapat 1 size smaller.


Ini info yang aku collect semasa race briefing oleh organizer. 


On the race day itself, flag off utk Individual telah ditetapkan pada 8.05 pagi. Sebelum flag off team dinyatakan bahawa mystery challenge di dua lokasi dan dibatalkan dan route dikurangkan 1km berbanding yang diberitahu semalam. A big letdown lagi.






Flag off dalam jam 8 2km road pusing area town Rembau sebelum masuk kayuh 4km road dan terus offroad. A push too hard masa lari dan gagal control heart rate bila masuk bike. Heart rate too high menyebabkan aku dah kepenatan by half way kayuh offroad. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam tapi tak berjaya. Aku dah mula counting distance bila nak habis kayuh part 1 ni dalam KM ke 10. 

Sepatutnya byk KM ke 14 akan keluar offroad dan muka aktiviti river crossing, malangnya di kawasan tu marshall suh teruskan perjalanan sahaja. Dibatalkan tapi tak diberitahu sebelum ini. So kayuh untuk 1st Water Station sebelum sambung balik kayuh menuju 2nd area bike offroad. 2nd part kayuh offroad ni lagi teruk berbanding yang 1st. Kalau yang 1st tu banyak climbing, pada 2nd ni lagi banyak. 80 percent aku rasa adalah climbing. Laluan climbing dia very doable cuma aku dah terlalu kepenatan dan ada 2 tempat terpaksa berhenti tepi time climbing sebab rasa sesak dada. 



Kayuh edisi kali ni begitu mencabar bagi aku, boleh jadi keadaan diri pun tak fit seperti tahun 2016 dan preparation pun tak seberapa cuma kepenatan bagi aku part kayuh ni tak dapat nak digambarkan. Somewhere dalam 2nd bike tu ada 2nd water station dan ada pisang serta air isotonik. Syukur sungguh time tu. Rasa bertenaga sket walaupun bertahan dalam 10 minit je. Haha. Sekali lagi aku mengira bila time nak keluar dari bike offroad.


Keluar offroad kemudian kayuh road semula dalam 2km menuju river run + trail run. Tubing sekali lagi dibatalkan seperti tahun 2016 disebabkan air terlalu rendah dan diganti dengan river run. Masalahnya sapa bleh lari dalam sungai? walaupun paras buku lali je, tapi gila apa suh lari dalam sungai. Dengan aku terlalu penat dicampur panas cuaca menyimbah muka, terpaksa jalan sahaja sepanjang sungai. Keluar sungai berhenti kejap nak buang pasir dalam kasut dan continue trail run. Trail run ni membawa kembali kepada permulaan tempat aku tinggalkan basikal untuk continue to finish line. Aku tak berlari sepanjang trail run melainkan turun bukit sahaja. Waste to much time kat sini juga walaupun total distance less than 5km disebabkan terlalu penat.
Bike to the finish line dalam 4km aje sebelum kene park basikal dan lari dalam 100 meter to the finish line. Time kayuh last tu pun tak bleh nak push dan mujur takde yang potong time kayuh. Timing finish dalam 4 jam 13 minit berdasarkan Garmin. Memang lagi cepat berbanding 2016 tetapi dengan route yang telah diskaun lebih 20km aku rasa timing tu teruk juga cuma syukur finish sebab dua kali berhenti sebab sesak nafas.
Overall distance hanya 42km, kuran 5km daripada briefing hari sebelumnya.








Aku tak pasti samada akan ada lagi edisi Rembau Challenge pada tahun hadapan berikutan dengan kehambaran event ini pada tahun ini. Faktor politik semasa memberikan kesan terhadap event dan mungkin menyebabkan event di sini bakal terkubur.
Event ni tidak gagal sebab air, signage, marshall dll semua cukup cuma jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum aku rasa amat hambar. Kudos to organizer yang dah buat terbaik dengan limited resources pada tahun ni.
Harapan aku cuma event ni mungkin boleh dibuat ditempat lain jika ada yang merasakan Rembau tak bersesuaian. Aku juga harap nanti event Jamboree basikal akan cuba dibuat di sini kerana bagi aku trail basikalnya amat mencabar.



No comments: