15.12.18

Amazfit Stratos

Dikala aku tgh bersedih Garmin Fenix 2 aku rosak hari tu aku berkira-kira nak cari jam sukan baru. Tujuan utama adalah sebagai persediaan bagi event Watergate yang aku dah terdaftar dengan sengaja pada bulan lepas.


Membeli jam baru ni sebenarnya mudah. yang tak mudah adalah mendapatkan bajet membeli jam. Kriteria paling penting jam tu pada masa itu adalah mendapatkan jam yang tahan cukup lama untuk aku habiskan aktiviti hingga 16 jam tanpa charge. Jadi survey punya survey dan atas nasihat kawan dan atas nasib juga aku beli jam ni Amazfit Stratos. 



Actually aku beli 2nd hand sahaja but still under warranty. Harga ok la time beli 2nd hand pun, murah juga. Harga retail pun half dari harga Fenix 2 pada 4 tahun lepas.
So nak review pun setakat ni baru 3 hari pakai. jadi aku mungkin akan update di sini je nanti.



Baru pernah guna sekali je kayuh 2km untuk kutip balik Fenix 2 aku yang dah di repair MKA  Ironi juga, guna jam baru untuk amik jam lama. Dari 5 minit tu setakat ni aku nampak ok juga not bad. Yang penting sekarang adalah menguji ketahanan bateri adakah ia mampu mencapai 16 jam dengan on GPS dan HR. According kawan2 yang dah beli dan pakai jam ni 16 jam is very doable.


1st impression aku dari melihat jam ni adalah face jam ni nampak mahal cuma tali nampak murah. Kotak tak kelihatan premium yang dalamnya hanya ada manual yang asas dan charger. Charger dia pun kelihatan murah dengan wayar yang agak nipis.
Sometimes its not about the look but about whether the watch meet the purpose. As long as ia mampu berfungsi sebagai jam sukan yang baik bagi aku dah cukup.
1st run aku dengan jam ni aku dapati distance accurate dan bagi information yang lebih kurang sama macam ada pada Garmin. Cuma data yang hanya bleh capture guna HRM tak dapat ditunjukkan sebab jam ni menggunakan Optical HR (bawah jam). Apps utk jam ni adalah Amazfit Watch. Apps ni ok tak tak sekomprehensif Garmin Connect tapi still get the job done. Info tambahan yang ada adalah body state yang menunjukkan keadaan diri semasa activity. Makin rendah body state maknanya badan semakin lemah masa activity. Ada option untuk sync ke Strava which merupakan apps yang amat popular skrg.
So final verdict aku adalah, eventhough the price is low does'nt mean it is low on quality. The most important this is it get the job done.




No comments: