20.2.19

Touring Hujung Minggu

Program ni dah plan dalam hujung tahun lepas. Dimulakan orang geng abang-abang haji orang pencen di taman sebelah. Diorang cukup minat kayuh long distance dan weekly mileage slalunya lebih dari 200km. So aku pun teringin la nak mencuba walaupun dah berkali2 diajak sebelum ni macam tak berminat nak join.



Jadi laluan yang dipilih adalah Pajam ke Pengkalan Balak dan keesokkannya Pengkalan Balak ke Pulau Sebang/ Tampin dan balik semula ke Pajam naik komuter. 12 orang dah sign up utk kayuhan ni. Malangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan 2 orang tarik diri.




Kayuhan bermula jam 7 pagi dan dalam 20km  selepas tu ada kemalangan berlaku dari di mana motor melanggar sorang daripada kami. Pada masa tu ada terfikir nak teruskan atau batal dan selepas perbincangan semua decide nak teruskan. Apa-apa pun syukur yang dilanggar tu tak cedera teruk atau patah-patah. Paling teruk hanya basikal . Total lost . Kerugian rasanya lebih 5k. Huhu





Laluan hari pertama membawa semua daripada Pajam-LEKAS- Exit Setul- Seremban-Rahang-Senawang-Pedas-Kundor- Kg Pilin- Kg Panchang-Lubok China-Paya Lebar-Kuala Sungai Baru- Pengkalan Balak. Total distance untuk hari pertama 92km. 




Hajat di hati nak setelkan lagi 8km cukupkan 100km tapi dah teramat panas dan penat waktu tu jadi aku decide terus stop. Lokasi yang telah dipilih untuk berehat adalah Ruqayyah Beach Resort. Very nice resort berdepan dengan pantai. 


Petang tu takda apa-apa aktiviti pun melainkan rehat dan makan. Malam pun xde apa-apa aktivit imelainkan lepak sambil layan angin pantai.



Hari kedua distance pasti lebih pendek kerana perjalanan hanya half way sahaja. Walaupun half way tapi lebih mencabar berbanding hari sebelumnya kerana lebih banyak bukit dan kebanyakan adalah rolling hills. Selain daripada tu cabarannya adalah mengejar timing KTM. Since perancangan adalah balik menggunakan KTM Komuter dari Stesen Pulau Sebang/ Tampin ke Stesen Batang Benar, nak kene kejar time train supaya tak tunggu lama. Tak semua train akan melalui stesen Pulau Sebang/ Tampin ni jadi kene ejas time dengan betul. Syukur juga dapat cari jadual tren dalam website.





Sampai just2 nice dalam 15 minit sebelum ketibaan tren. Buat yang masih belum tahu, KTM Komuter boleh bawa masuk basikal cuma hanya boleh dibawa pada selain masa puncak. Fee sebuah basikal untuk masuk Komuter adalah RM2.


Laluan balik adalah darpada Pengkalan Balak-Masjid Tanah-Kg Ayer Limau- Kg Rantau Panjang-Kg Sungai Buloh- Simpang Ampat-A Famosa Resort- Pulau Sebang.




Aku taknak cerita panjang pasal laluan sebaliknya nak cerita pasal pengalaman dan feel touring. Touring ni bagi aku lebih tenang dan lebih mendamaikan. Cabaran tetap sama macam kayuhan lain di mana kau ada target distance dari point A ke point B cuma kau tak terkejar-kejar nak sampai ke point B. Konsepnya kayuh bersama-sama dan sampai bersama-sama.  Walaupun ada certain time aku di depan, aku  akan make sure aku tunggu di persimpangan untuk regroup balik. Aku suka dengan konsep kayuhan dengan ketenangan ini. Aku saspek ini tanda aku dah nak mencapai umur menua. 
Its a great experience dan disebabkan the enjoyment kayuhan sebegini walaupun aku tak pernah buat sejauh ni, I'm looking forward for more.
By the way aku nak end this dengan ucapan terima kasih kepada Amril jual tayar basikal murah, Famy pinjamkan rack dan Ruz pinjamkan bottle cage. Selain daripada tu, terima kasih juga kpd TMCC yang organize trip touring ni. Tanpa mereka mungkin aku tak kayuh kot ke sana.Till the next touring trip.



2 comments:

rizq said...

Insya allah dimasa mendatang kita cuba set untuk ke tempat lain pula... Mmg mencabar terutama masa nak sampai K Sg Baru..

No Surprises said...

betul. kita cuba lagi di masa akan datang