15.8.19

Book 15 of 2019 : Rosyam Noor Impian Jutawan Budak Setinggan


Buku ni aku rasa hasrat dari beliau untuk kongsi liku hidup daripada kecil hingga menjadi seperti sekarang. Tulisan yang ringan dan mudah difahami kerana aku ambil 1 hari je untuk menyelesaikan sebuah buku ni.
Aku suka tulisan semasa beliau masih kecik dan menceritakan kesusahannya kerana aku boleh relate dengan kesusahan aku sendiri semasa aku dibesarkan. Lokasi pula di Kampung Kerinchi di mana aku spend my first two years di sana. So aku boleh faham apa benda yang diceritakan kerana pernah dibesarkan di situ.
Bila dia menceritakan part dah mula jadi pelakon dan sehingga sekarang bagi aku biasa je sebab dah pernah diberitahu dalam akhbar dan lain-lain.

No comments: