20.1.20

Book 1 of 2020 : Antara Dua Darjat


Buku yang sought after by many lepas penulis ni 'menggegarkan media massa dengan fakta-fakta berkenaan ketidakseimbangan taburan kekayaan di Malaysia. Di mana yang kaya tetap kaya dan yang miskin kekal miskin.
Kemudian penulis pula sekarang menjadi Penasihat Ekonomi kepada YAB Perdana Menteri, terus di ulang cetak berkali-kali buku ni.
Buku ni berat sebab penuh dengan nombor. Untuk baca kau perlukan ketenangan dan masa yang agak panjang. Buku ini bukan sahaja mengupas isu ekonomi di Malaysia terutama Dasar Ekonomi Baru tetapi turut merangkumi isu pendidikan, isu sosial dan politik. 
Bagaimana ketidakseimbangan dalam taburan kekayaan atau ekonomi memberikan kesan kepada semua seperti pendidikan, sosial, politik dan juga perlembagaan serta undang-undang.
Aku nampak banyak hasil tulisan dalam buku ni cuba dibetulkan dalam keadaan sekarang seperti isu vernakular, MRSM, perlembagaan dan pengagihan ekonomi.
A must read book.

No comments: