8.4.20

Touring Ayer Molek, Melaka



Event paling last minit yang aku join. Last year aku join geng basikal Taman Mulia Pajam untuk berkayuh touring dari Pajam ke Pengkalan Balak. It was long, hard but fun ride as it was my longest ride to date.

Tahun ni ada juga pun ada program touring yang sama dan kali ni ke Ayer Molek pula. Kalau aku menggunakan Google Map, jarak more than 100km jadi aku amat teruja nak join.Malangya date tak berapa kena dengan jadual kerja sebab aku sepatutnya berada di Bario pada date touring tu. At the very last minute, keje batal disebabkan concern infected with Covid-19 kerana memerlukan naik flight.


So on Monday aku set nak join. Luckily ada bilik kosong lagi untuk join in. Since aku ada very low mileage sebelum ride, aku cuba bawa basikal di ofis untuk ride time lunch atau petang. Malangnya hanya berkesempatan 30km sepanjang basikal di ofis. By Friday bawa basikal balik rumah dan baru setup rack basikal ( TQ Famy utk kali kedua meminjamkan rack basikal + kali ni pinjam beg juga).




Ride bermula hari sabtu jam 7 pagi. Malam sebelum tu tak cukup tido juga disebabkan baru setup basikal dan baru nak cari barang utk prepare kayuh dll. Total ada 12 rider kali ni.Route hampir sama seperti tahun lepas. Dari Pajam masuk ke LEKAS Exit Pajam menuju Exit Bukit Setul dan seperti biasa kene hadap the famous Bukit Setul.



Kemudian dari Exit Setul bergerak menuju bandar Seremban, Rahang, Senawang,Sungai  Gadut dan Pedas. Dari sini mula perbezaan dengan route tahun lepas di mana aku terus menuju Rembau dan Tampin. Di Rembau berehat seketika beramai-ramai untuk refill air dan sarapan. Balun 2 roti kosong masa ni dan minum banyak air kosong. Route are pretty much up and down dengan bukit biasa-biasa kecuali di Bukit Setul tadi.




Masa pada waktu ni tak salah aku dah menuju jam 10 pagi. Semua meneruskan kayuhan ke pekan Rembau dan menuju ke arah Tampin. Time ni aku cuba la jaga pace kerana cuaca dah mula panas, aku pulak tak cukup mileage. Tak nak menyusahkan yang lain dengan krem. Kerana kalau krem habis semua terpaksa tunggu. Bila tunggu jadi lambat sampai dan bila lambat sampai lagi seksa sebab kayuh dalam kepanasan.


Beberapa km sebelum sampai Tampin ada simpang yang menuju ke Simpang Ampat. Dari sini regroup dengan sorang yang naik train dari Batang Benar dan turun di Sungai Gadut. Dari Sungai Gadut dia kayuh solo di Simpang Ampat dan regroup sana. Cuaca dah amat panas. Aku shoot awal dari simpang sebelum Tampin tu sebab nak cari kedai jual air untuk refill. Dari situ menuju ke Alor Gajah dan seterusnya menuju ke Melaka Pindah.



Di Melaka Pindah, dah set untuk berhenti bagi refill dan lunch. Pada masa ni tak salah aku dah 12 tengah hari. Panas tak terkata. Sampai kedai makan yang geng Taman Mulia riki hari tu tutup plak. Syukur ada yang rajin bertanya dan singgah makan di Taman Samarinda. Time datang pun banyak lauk dah habis jadi mostly semua hanya order nasi ayam je. Selesai makan terus sambung sebab nak elak sampai lewat.


Di sini bagi aku mula part yang mencabar dari Melaka Pindah menuju DurianTunggal melalui Jalan Alor Gajah Lama. Bukit banyak dan walaupun pendek semua pacak-pacak. Seksa sungguh time ni, pada masa ni dalam kepala doa tak nak krem dan nak sampai awal sebab nampak langit macam ada possibility nak hujan. Manage juga untuk hadap semua bukit tu. Pada masa ni aku dah lajak jauh ke depan dan decide nak tunggu jap di bus stop sebelum sampai ke Ayer Keroh.



Lama juga tunggu yang lain tak sampai, risau salah jalan je. Since langit dah mendung aku decide teruskan dan mesej dalam group aku tunggu di Petronas Ayer Keroh. Di sini juga aku tunggu lama, yang lain tak sampai-sampai. Bila buka Google Map tunjuk hanya lagi 10 km sebelum sampai lokasi homestay. Again aku mesej dalam group yang aku teruskan ride solo slow-slow sampai habis.




Dari situ melalui Ayer Keroh menuju Bukit Katil dan Jalan Tun Kudu hingga ke Homestay. Pada masa tu dah mendung aku teruskan sambil berdoa tak hujan kerana dah dekat sungguh sebelum sampai. Walaubagaimanapun hujan turun  masa kayuh dan since mata memang tak nampak jalan kerana spek mata basah habis aku decide nak berhenti.Syukur ada Petronas 4km sebelum lokasi. Rehat situ sampai hujan berhenti which dalam 30 minit je. Sambung terus sebab aku dah basah lencun dan akhirnya tiba di homestay I got to know malam tu time lepak-lepak yang lain semua tak kene hujan disebabkan jauh di belakang dan hujan tak turun tempat diorg kayuh masa tu.

Homestay yang dipilih adalah Pondok Pondok which satu tempat yang quite secluded. Ia bawah dusun durian dan jarring di pasang untuk elakkan buah durian jatuh kene resident. Tempat yang tenang. Satu rumah boleh muat 4 orang. Bilik yang aku duduk harga RM200 semalam. Just nice. A communal place untuk makan dan ada swimming pool. Communal place tu ada la kopi, teh dll yang membolehkan kau buat minuman. Nak masak pun boleh tapi kene bawa bahan sendiri. Dah penat ni malas dah nak masak. So malam tu beli je, Cuma kedai makan agak jauh. Nasib baik ada sorang yang bawa family skali so pinjam kereta dia untuk dinner malam tu.





Malam tido awal sebab nak sambung kayuh balik esoknya. Bagusnya dengan geng Taman Mulia ni diorg siap bangun awal solat tahajud.Yang tak bagusnya time tu aku lena tido. Sempat subuh sama je dengan diorg. Pagi tu plan gerak awal sebab nak cari tempat nak sarapan sebab homestay tak sediakan sarapan.


Pukul 7.30 pagi bertolak. Dari 12 hanya 8 je kayuh balik sama. 2 orang pada semalam dah ada family ambil untuk gerak ke Muar dan lagi 2 balik dengan family yang datang sama ke situ. Singgah sarapan roti canai dan terus sambung kayuh. Laluan kayuh sama macam semalam dalam 20km pertama. Dari Ayer Molek ke Bukit Katil ke Ayer Keroh- Durian Tunggal. Time ni ada juga tersalah simpang dan ada yang tayar pancit. Nasib baik yang tersalah simpang tak jauh sangat dan kembali regroup.


Dari Durian Tunggal lain sket laluan dari semalam dengan melalui Jalan Bukit Tambun di mana terletak nya empangan Melaka. Nampak juga la empangan tu kering juga  Laluan kurang berbukit dan agak sunyi, kenderaan pun tak banyak. Seterusnya menuju ke Manchap kat sana ada kawasan Felda Tun Ghaffar. Baru tau juga di Melaka pun ada Felda.
Kawasan ni penuh bukit juga, tapi hadap la sebab kayuh sorang. Menuju ke Hutan Percha dan melalui Jalan  Kemuning menuju ke Pulau Sebang. Sebelum Jalan Kemuning aku stop dan regroup sebab lagi 10km  ke Pulau Sebang. Di sini paling azab disebabkan bukit turun naik paling banyak dan panjang-panjang. Dugaan kayuhan hari ni seperti semalam juga di mana di hujung laluan time nak sampai.




Dari Pulau Sebang menuju ke KTM Tampin which laluan sama yang aku lalu tahun lepas. Stop kejap nak refill air di Speedmart walaupun dah dekat time tu dan tunggu yang lain. Time  tunggu dapat mesej ada yang berhenti minum kat kedai tepi jalan so aku terus kayuh ke KTM.



Di KTM Tampin/ Pulau Sebang dan sorang kayuh solo dari Taman Mulia Pajam ke Tampin. Kental sungguh jiwanya kayuh solo. Dari KTM  as usual bayar fee bw basikal RM2 dan untuk penumpang bayar guna TouchNGo atau boleh guna kad KTM. Warga emas bayar di kaunter akan dapat token sebab  duit tambang separuh je.


Semua akhirnya sampai ke KTM dan balik sama dan turun di KTM Batang Benar. Perjalanan naik KTM dalam sejam suku ke sejam setengah dan turun di Batang Benar. Dari sini semua akan menuju ke rumah masing-masing. Jarak tak jauh hanya 4km sahaja Cuma kayuh jam 2 petang tu amat memenatkan sebab cuaca teramat panas.


This year touring was much more fun than last year atas satu sebab je. Walaupun distance lagi tinggi berbanding tahun lepas, entah kenapa badan tak rasa penat sangat. Badan pun tak rasa panas macam kurang air dan rasa biasa je. Sebab kalau diikutkan this year aku much more fatter dan so far beyond in fitness berbanding tahun lepas. Tak tahu sebab apa. Apa yang aku boleh agak mungkin sebab aku sentiasa minum banyak air before and during cycling. Other than that I don't know


Aku amat bersyukur tahun ni dapat sekali lagi join touring walaupun last minit kerana minggu berikutnya kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bagi membendung wabak Covid-19 yang telah mencapai tahap pandemik. Semasa aku menaip ni 3 minggu selepas PKP diumumkan, jumlah pesakit dah menceca 4,000 orang dan kematian 63 orang.


As of now zero mileage in cycling dan apabila semua berakhir aku plan kayuh dari Pajam ke Rembau dan balik naik KTM.


Kepada TMCC, terima kasih juga kerana organize tahun ni. Timing yang baik, just before PKP so merasa la kayuh jauh sebelum dicutikan dari bersukan ni. Terima kasih juga kepada yang payung makan,minum dan lain-lain sepanjang kayuhan.




2 comments:

SEKADAR INGATAN said...

Terbaik. ..
Touring ni..

No Surprises said...

Alhamdulillah. saja2 touring kayuh tengok tempat orang