9.4.22

Covid-19 : HSO Completed

Akhirnya ketiga-tiganya telah selesai Home Isolation or Surveillance Order. Aliff 10 hari disebabkan baru 1 dos manakala Yanti dan aku 7 hari disebabkan dah 2 dos + booster. Ini current practice dan tak pasti Jika nanti akan jadi lagi pajang atau jadi pendek.

I would like to write in short how I felt for the past 7-8 days.

Day 0- Jumaat 1/4/2022
Aku amik cuti sebab isteri aku demam but the test turns out -ve. So aku decide nak jaga di rumah. Around malam aku mula mcm nak selsema. Tido dengan panadol utk kurangkan risk selsema tu.

Day 1- Sabtu 2/4/2022
Pada masa ni aku dah isolate dari Yanti dan Aliff serta Ammar. Yanti dan Aliff berdua. Pada hari Jumaat ni Aliff dan confirmed +ve dan Yanti masih belum confirm as result bg line yang amat kabur. Pagi Sabtu, another test for Yanti confirmed +ve. Aku pula bangun tidur pagi tu dengan rasa badan yang sengal dan selsema. Aku just rasa mungkin tak cukup tidur. Fews hours lepas bangun masih rasa sama dan tiba2 rasa nak demam. Terus buat test and boom perfect double line pada test kit.
Sabtu demam, selsema, sakit2 badan.

Day 2- Ahad 3/4/2022
1st Ramadan. Gagahkan diri puasa. Badan masih sakit. Demam dan selsema makin teruk. Hidung tersumbat dan bila tersumbat terus sakit kepala. Spend the whole day sleeping. Bia berbuka makan sket dan terus masuk tido.

Day 3- Isnin 4/4/2022
2nd Ramadan dan masih puasa. Sakit badan dah takde. Demam berkurangan tetapi selsema masih sama dan hidung tersumbat. Dah mula batuk berkahak. Sepanjang hari sakit kepala. Berbuka sket dan terus tido.

Day 4- Selasa 5/4/2022
3rd Ramadan dan puasa. Feeling better. Selsema dah kurang dan hidung kurang tersumbat. Demam pun on off. batuk dan sakit tekak yang perit. Tak lama lepas tu hilang suara. Hanya bercakap bila perlu. Around petang dah mula tak berapa bau dan time berbuka tak berapa rasa.

Day 5 - Rabu 6/4/2022
4th Ramadan. Since feeling better jadi teruskan puasa. Demam, selsema, sakit badan dah takde. Masih batuk dan sakit tekak. Suara still out. Bau dan Rasa masih out.

Day 6- Khamis 7/4/2022
5th Ramadan. Batuk dan sakit tekak berkurangan. Suara dah ada. Baru la boleh nak call ofis jika ada keperluan. Sebelum tu mode komunikasi strictly hanya whatsapp shj. Bau dan rasa bila time berbuka rasa mcm dah ada tapi tak sepenuhnya.

Day 7- Jumaat 8/4/ 2022
Last day. 6th Ramadan. Batuk dan sakit tekak almost gone. Suara Kembali sket demi sikit. Bau dan rasa time makan feel better than yesterday. Dia punya nikmat bila makan time berbuka tu sbb dah ada bau dan rasa tu cukup syahdu.

On overall, panadol consumed from Friday 1/4 aku rasa dalam dalam 2 papan setengah. Taking Panadol like candy. Ubat batuk aku rasa hampir 2 botol. Ubat selsema takde so tak makan. Utk sakit tekak ada baki diflam dan strepsil masa beli utk Ammar time kene Covid-19 so dalam sepapan juga.

Weight loss 4kg. Tak pasti mostly sebab Covid-19 atau pun sebab puasa.
Fitness rasanya out juga. Seminggu lebih tak bersukan dan rasa amat pancit bila turun naik tangga. Let see how it feels time masuk keje Ahad ni.

This 7-8 days ni bagi aku learning experience on how Covid-19 actually attacks you. Aku harap xde masalah post covid syndrome atau long covid utk ahli keluarga aku yang baru habis kuarantin ni.
We'll see .



No comments: