2.6.22

Proton Persona

Ni merupakan kereta pertama aku, yang pertama beli guna duit sendiri dari downpayment dan bayar bulan2. Sebelum ni ada kereta kancil tapi yang tu mak abah yang belikan dan bayarkan bulan2 semasa belajar.


Aku beli ni pada tahun pertama kerja. 18/12/2007 aku beli atas tujuan mudah nak guna ulang alik kerja. Asalnya nak beli kereta import tapi mengenangkan nanti nak kumpul duit nak kahwin, aku beli kereta tempatan. Rasanya pada masa t RM55,800 utk high line. 


Kereta ni bertahan hingga hari ni. Menghampiri 15 tahun kemudian dengan mileage 265k akhirnya aku berpisah jua dengan kereta ni. Sepanjang 15 tahun rasanya jauh juga seluruh pelusuk Semenanjung ni dia pegi. Sepanjang guna tak pernah breakdown tepi jalan. Ada la beberapa near miss, temperature naik tayar pancit dan sebagainya cuma tak pernah towing sebab rosak. 


Kemalangan pun sekali je tu pun ada budak sekolah mangkuk mana kuar simpang tak tengok kiri kanan terus keluar dan terlanggar tepi kete. Budak tu kaki patah. Aku tak disaman, jadi bermakna aku tak salah. Ada la dalam 3 minggu masuk bengkel sementara tunggu repair.


Terima kasih atas servis tak terhingga sepanjang 15 tahun. Dari sebelum bertunang, kahwin, anak satu, pindah rumah, pindah rumah lagi satu, anak no 2 dan hingga sekarang masih setia memberikan khidmat. Moga terus memberikan khidmat kepada orang lain pula.


Gambar terakhir kereta sebelum pass ke Used Car Salesman pagi tadi. Nak amik gambar sendiri sebelah kereta tak tergamak pula sebab baru lepas eksiden basikal. Muka pecah. Haha

No comments: