10.7.23

Watergate 16hrs 2023 : Hampir Gagal di Loop ke 8

Highly anticipated event untuk aku bagi tahun ni kerana berjaya ajak ketiga-tiga adik aku untuk join in.Selain daripada tu ada juga kawan-kawan yang dah masuk sebelum ni turut joun in the fun. Menariknya juga sebab merupakan 10 tahun selepas event Watergate ni diperkenalkan. Last aku masuk adalah 2019 dan 3 tahun berikutnya takde event sebabkan Covid.


Kini event ni kembali pada 10-11 Jun yang lepas dan kali ni dengan laluan yang berbeza lagi berikutan tempat permulaannya juga berbeza iaitu di Kompleks Air Putrajaya, Presint 6.
Premis event ni mudah, lari in loop of 5km sebanyak yang kau boleh sepanjang 16 jam dengan minimum loop 10 atau bersamaan dengan 50km. Nampak mudah tapi di hari kejadian baru rasa azabnya.



Penganjuran kali ni juga disediakan ruang pasang khemah which bila sampai tapak aku rasa mengarut juga sebab khemah rupanya dipasang atas tar dan agak sempit between spot khemah. Yang datang awal semua ikut aturan yang ditetapkan dan yang lambat dah mula pasang khemah di atas tanah, bawah pokok dan port2 strategik yang lebih sesuai. Syukur sepupu aku dapat book 3 slot khemah bersebelahan boleh la setup nampak luas sket. 
Agak cool tahun ni ada gambar passport yang photographer amik sempena 10 tahun event.
Aku sampai dalam 3 jam before start, amik racekit, bergambar sket dan kemudian terus setup khemah. Sempat la juga borak2 di khemah sementara menunggu mula. Event mula jam 8 mlm, as usual aku xnak lari laju sangat sebab training pun ala kadar jadi xnak terkorban di pertengahan jalan.

Plan aku adalah every loop, aku akan pastikan minum banyak dan makan sket buat alas perut dan tenaga. Tak perlu terkejar-kejar sebab nak bertahan untuk 16 jam.3 loop pertama mudah. Rasa penat ada tapi masih boleh diteruskan sebab feel excitement tu masih ada.
Kemudian loop 4-5 dah mula rasa sedikit tekanan sebab badan dah penat, kaki sakit sikit dan kekebalan mental dah berkurang.

Isu utama utk event kali ini adalah, 1 loop tak cukup 5km iaitu dalam 4.7km sahaja. Ini bermakna jika buat 10 loop tak mungkin cukup 50km. Isu ni pada aku organizer kene address awal dengan memastikan 1 loop tu cukup 5km. Selain daripada tu jika keadaan tak mengizinkan perlu dinyatakan dalam briefing juga bahawa 1 loop tak cukup 5 km jadi runner boleh buat adjustment. Cuma somewhere semasa race berjalan baru dinyatakan, aku tak dengar mungkin sebab tu aku dalam laluan larian, tapi ramai yang terdengar organizer baru buat pengumuman bahawa kene buat extra loop utk cukupkan 50km.

Benda ni nampak mudah dan kau boleh kata " alah satu extra loop aje" tapi dalam keadaan penat dan lain-lain tambah extra loop ni amat mencabar. Selesai loop ke 8, aku decide nak rehat sebab terlalu penat, mengantuk dan sakit kaki. Pada masa itu jam menunjukkan 4 pagi dan bercadang nak mula balik jam 5 pagi. 

Sebaik bangun tu, tiba rasa teramat sakit pada kaki kiri sampai nak bangun pun tak boleh. Terbit rasa menyesal sebab tido lama. Paksa diri bangun dan pakai kasut dan kembali berlari. Rasa sakit tu masih ada menyebabkan aku decide last 3 loops ni aku nak berjalan sahaja seret kaki. 

1st of three loops tu aku dengan adik aku yang nak habiskan last loop dan last 2 berjalan sorang. Tak dapat nak digambarkan sakitnya kaki bila berjalan tu. Mungkin beban dari badan yang berat kepada kaki semasa menghentak simen pada setiap langkah tu menjadi punca sakit. Loop ke 11 berjaya ditamatkan pada masa lebih kurang 7 pagi.

Event kali ni bagi aku lebih azab dari edisi 2019. Jika 2019 cabaran adalah pada turun naik tangga, 2023 ni adalah pada simen pavement yang amat keras. Cuaca panas kering tepi tasik pun memainkan peranan dalam menyebabkan keletihan melampau. Selain daripada tu, sebab utama lebih azab adalah kurangnya latihan disebakan kesibukan kerja. 2017-2019 dulu aku cukup kerap berlari.






Ada juga beberapa yang tak best untuk event kali ni, cuma aku tulis ni pun dah agak lambat jadi malas dah nak ungkit.
Yang best adalah berjaya finish bersama adik beradik dan kawan-kawan.
Cuma post race jalan tempang 3 hari tu tak sanggup nak hadap lagi. Tapi aku yakin kalau bukan aje registration konfem nak register. Haha







No comments: