Sebenarnya aku dah tulis halfway pasal hike ni, tapi malangnya blogger tak save tulisan aku jadi nak menulis semula amat malas.
Gunung Trusmadi ni no 2 tinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan terletak di Keningau Sabah. Walaupun no 2 tinggi di Malaysia, tapi level kesusahan lebih tinggi berbanding dengan Kinabalu. Macam pernah aku tulis di IG, Trusmadi buat Kinabalu jadi easy.
Perumpamaan mudah aku boleh tulis adalah, Kinabalu ni dah ada highway manakala Trusmadi ni jalan lama. Jadi jalan lama ni penuh permit getir berbanding Kinabalu. Ada 3 laluan untuk naik ke Trusmadi ni dan team telah memilih naik thru Apin - Apin yang merupakan laluan terpendek tetapi antara yang paling susah.
By the way, trip ni dianjurkan oleh group PPTD Hikers. Diorg ni punya aktif tak perlu di perkatakan lagi. Tahun ni dah naik Annapurna Base Camp, kemudian Trusmadi semasa Merdeka di susuli dengan Gunung Tahan pada Hari Malaysia. Belum dicampur lagi program kecik2 hujung minggu. Diorang ajak aku betul - betul masih fresh balik dari Gunung Kinabalu. Time tu dopamin masih tinggi, fitness pun tengah top jadi terus mendaftar tanpa fikir panjang. Sapa sangka antara sebulan lebih in between Kinabalu dan Tusmadi, jadual kerja amat sibuk jadi masa amat tak mengizinkan untuk buat persediaan. Beg pun aku beli 3 hari sebelum fly ke Kota Kinabalu.
Perancangan naik ke Trusmadi ni adalah semasa 31 Ogos 2024, jadi semua yang join dr PPTD Hikers sampai di KK pada hari Khamis dan terus menuju Keningau untuk bermalam. Keesokkannya bergerak masuk ke campsite by 4x4.
Di sini sebenarnya cabaran dah bermula. Untuk sampai ke campsite pun amik masa dalam 4 jam. Bermula masuk, berhenti selepas 30 minit di pejabat renjer untuk daftar masuk sebelum meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan memang la terlompat sana sini sebab melalui jalan balak. Terpaksa berhenti seketika disebabkan ada balak tumbang. Turun la juga buat nampak mcm function sket. Lepas setengah jam perjalanan disambung ke tempat yang dinamakan Taman Bunga untuk makan tengahari pack food yang disediakan lebih awal.
Sambung lagi perjalanan terlompat - lompat dalam 4x4 sebelum hentian last untuk tengok air terjun yang tinggi hampiri 100m meter ketinggiannya. Air terjun ni nak mandi berendam tak boleh sebab air cetek aje. Tapi nak bergambar memang superb la disebabkan air jatuh tinggi sangat. 30 minit selepas berhenti di sini baru sampai ke campsite.
Sebaik tiba, terus setup khemah, untuk tido. Rehat amat penting sebab akan mula hike jam 12 tengah malam nanti. Dikejutkan oleh guide jam 6 petang untuk dinner sambil diorg memberikan taklimat untuk pergerakan malam. Habis makan sambung semula tido walaupun tak berapa lena.
Jam 11 lebih macam tu hampir kesemua dah bangun sebab tidur pun tak lena. Setup gear dan seterusnya ke tempat makan untuk supper. Nak makan tak selera sangat mungkin kerana nervous. Jam 12 tajam mula hike selepas sesi bergambar.
The Uniqueness of laluan ni adalah dilaporkan jarak dari campsite ke puncak adalah sejauh 4.5km. Walau bagaimanapun, jarak ni merupakan jarak yang laporan pada tahun 70-80 an dan menurut guide sepatutnya lebih jauh. Laluan dari bawah ke puncak pun kita akan melalui beberapa kawasan yang penuh dengan cabaran tersendiri dan sepanjang laluan, Jalan hanya menarik sahaja. Takde turun2.
Naik ke atas ni agak strict juga, perlu sampai di satu tempat yang dipanggil tangga kayangan sebelum jam 3.30 pagi. Jika lewat perlu turun balik. Selepas turun dari puncak pun perlu sampai ke bawah sebelum jam 2 untuk bergerak keluar, jika lewat perlu tido semalam lagi di campsite dan incurred extra cost.
Laluan pertama sebelum sampai ke tangga kayangan mostly laluan tanah biasa dan ada certain area ada batu batu loose yang ada merbahaya bagi orang orang di belakang di Jalan jatuh semasa orang di depan pijak. Time ni azab juga jantung, degup amat laju sebabkan sentiasa pacak. Pada awal2 dah pakai baju sejuk macam di Kinabalu, tapi akhirnya buka sebab teramat panas. Sampai tangga kayangan jam 2.30 pagi. Tangga kayangan tu masa naik awal pagi tak rasa apa sangat, bila menurun time siang baru perasan, rupanya lalu betul2 tepi lereng gunung. Kalau terlepas dari tangga tu konfem Innalillah.
Aku rasa ok sahaja naik ni sehingga la jam di tangan dah melepasi distance 4.5km yang guide bagitau. Ternyata laluan dah berubah semakin panjang. Time ni dengan keadaan yang gelap ada banyak tempat kena tunduk sebab melalui celah2 pokok yang melintang. Buat benda ni amat meletihkan dan ada a few time juga terhantuk pada akar pokok disebabkan tak perasan. Benjol juga la kepala ni seminggu.
Few KM before puncak ni ada laluan pokok - pokok renek yang diberitahu ada harimau dahan by guide. Berdebar juga jiwa ni melalui tempat ni sebab time ni aku dah mula berjalan sorang. Time ni juga la mental dah mula sedikit koyak disebabkan dah sejuk dan juga semakin lapar. Berhenti la kejap untuk makan sket dan me lepaskan penat sebelum sambung. Tak nak lama- lama sebab takut dengan harimau dahan. Part sampai ke puncak ni juga bagi aku mencabar disebabkan laluan dia amat pacak dan memerlukan strength untuk bawa badan naik ke atas.
Di kala dah mula masuk zombie mode dan badan bergerak secara autopilot, aku mula tedengar macam suara suara orang bersorak. Aku yakin dah tak jauh sampai atas. Dalam 10 minit macam tu aku sampai dah di tempat kawasan mcm stesen generator. Suara yang aku dengar tadi bukanlah suara orang sebalknya bunyi angin yang bertiup kencang. Di sini kena tunggu dulu sebelum boleh naik ke pelantar tinggi dan ke puncak yang jarak nya dalam 200m dari tempat ni disebabkan angin kuat dan masih belum cerah.
Di sini angin terlalu kuat dan teramat sejuk bahkan lebih sejuk dari puncak Kinabalu. Buka glove untuk ambil gambar pun buat tangan mengigil. Nak stay lama pun tak boleh sebab lagi lama tunggu dalam keadaan statik jadi lagi sejuk. Jadi bila dah cerah sket aku decide bergerak terus ke depan sket untuk bergambar dengan pelantar tinggi tu. Pelantar tu pun tak boleh naik ramai sebab dah kurang stabil. Lepas bergambar atas pelantar turun menunju ke puncak sebenar Trusmadi. Nak ke sana tak jauh 200m sahaja tapi lecak bukan main. Salah pijak tenggelam kasut. Kena pulak dah letih lagi seksa nak capai 200m tu.
So semua team yang naik berjaya sampai dan kebanyakkannya sampai lagi awal dari aku, jadi semua bergambar kejap sebelum kena gerak turun. Seperti aku bagitau tadi nak bergerak turun pun tak boleh lambat dan kena sampai sebelum jam 2 untuk mengelakkan dari tido 1 malam lagi di sini. Bergambar dalam setengah jam, makan, top up air dan terus gerak turun.
Misi utama adalah bagi PPTD Hikers untuk ke puncak pada 31 Ogos 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan pada masa sama juga merupakan Hari Sabah. Terima kasih PPTD Hikers kerana sudi mengajak saya. saya ni dah la berat dan slow tapi semangat nak bergambar ramai - ramai di puncak membuatkan saya berjaya sampai.
Ok, sambung balik kisah nak turun. Nak gerak turun pun bukan mudah, sesukar time naik, turun menjadi dua kali sukar. Di campur dengan keletihan setiap langkah amat menyeksakan. Di puncak tadi dalam jam 7 pagi dan turun semula ke tangga kayangan dalam jam 10 pagi.
Perjalanan diteruskan ke bawah sambil memijak loose rock yang kerap menggelincirkan. Time ni ramai juga geng dari belakang memotong aku. Keletihan menjelma lagi. Berhenti seketika untuk reload dan refuel sebelum menyambung perjalanan. On the way turun pun ditipu lagi sebab dah nampak bumbung campsite tapi lepas lima minit tak sampai. Rupanya dalam 40 minit lagi baru la tiba di bawah.
Sampai di campsite just shy of jam 12 tengahari.
Sampai di campsite just shy of jam 12 tengahari.
Dia punya penat tak terkata, sampai aje nak baring tapi perlu membersihkan badan untuk persiapan balik. By 2.30 semua dah siap siaga untuk pulang. Amik sijil dari guide dan makan dulu sebelum begerak keluar. Nak gerak keluar pun penuh pancaroba. Dengan laluan yang agak berlecak disebabkan hujan petang sebelumnya, perjalanan thru 4x4 seperti biasa penuh lompat- lompat dan memeningkan. Perlu keluar di gate renjer sebelum 5.30 petang. Betul - betul sebelum 5.30 berjaya keluar ke menemui civilisation.
1st skali buat semasa keluar adalah check telefon disebabkan sepanjang perjalanan tiada line. Dan mesej yang disemak bukan la mesej dari rumah sebaliknya mesej dari pejabat. Pada masa tu angin kuat ada pergerakan.
Tido semalam lagi di Keningau sebelum bergerak balik ke Kota Kinabalu. Sebelum singgah Airport wajib la memakmurkan ekonomi tempatan dulu. Kena ada manis - manis balik rumah.
Misi berjaya. Dari pandangan aku, Trusmadi ni azab. Mungkin bagi orang lain mudah tapi untuk Hikers recreational macam aku nak sampai penuh dengan cabaran. Apa apa pun syukur sampai atas dan selamat turun. Terima kasih PPTD Hikers kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan terima kasih juga 3 orang sahabat dari JIM yang sudi hadir sama menemani saya( walaupun diorg jaauuuhhhhh di depan).
#MisiMasihJelas
No comments:
Post a Comment