3.2.25

Satu Kisah Berkaitan Aliff

Ini akan jadi satu post yang amat panjang.

Abah aku dulu dan sekarang pernah bercerita di mana adik bongsu aku dulu pernah diletakkan di babysitter  yang berlainan dari aku dan 2 orang adik aku yang lain. Kami semua di jaga oleh babysitter yang dipanggil Mak Wok. Sebab pada masa tu Mak Wok ni dah terlalu ramai budak kecil nak dijaga. Kedua ibu bapa aku bekerja, dan jadi babysitter adalah option utama pada masa tu.

Abah aku sentiasa rasa tak sedap hati bila hantar adik aku yang bongsu ni ke babysitter tu. Dan satu hari lepas abah aku hantar ke adik bongsu aku, dia buat mcm gerak ke pejabat tapi sebaliknya just pusing semula di depan rumah babysitter selepas beberapa seketika. Pada masa tu, apa yang di nampak adalah adik aku tengah berdiri depan grill berkunci dalam rumah dengan tengok ke luar dan nampak abah aku. Babysitter pada masa tu tiada di rumah, keluar kejap untuk hantar anak dia sendiri ke tadika.

Apa yang abah aku ulang-ulang dalam penceritaan dia adalah, dia tak boleh lupa bagaimana adik aku tu tengok dia semasa di dalam rumah tu. Hingga sekarang dimasih teringat.

Apa yang abah aku buat pada masa tu adalah, call mak aku dan minta dia pujuk jika Mak Wok yang menjaga aku dan adik-adik aku tu untuk terima adik aku yang bongsu ni ddk sekali sambil menceritakan apa yang abah aku nampak.
Mak Wok setuju dan esoknya terus adik aku dah mula duduk sekali.

Ini kisah abah aku, moving forward berpuluh tahun berikutnya jadi pula kisah aku.

Pada 2021, dah tiba masa Aliff, anak kedua aku masuk ke tadika pada usia 4 tahun, aku nak berjimat sket dan decide untuk hantar dia ke tadika yang berlainan dari Ammar. So selepas dah pilih tadika dan laluan ke tadika tu sehala dengan laluan aku bergerak ke pejabat, aku akan menghantar Aliff setiap pagi ke tadika. 

Pada awalnya bila mula hantar aku dah rasa tak sedap hati dengan tadika ni kerana takde cikgu awal2 pagi menyambut budak walaupun dalam rumah tu dah ada budak2 lain sampai. Selang beberapa minggu, karekter Aliff pula berubah bila hantar tadika. Dia xnak masuk nak duduk lama dalam kereta, bila dah turun taknak masuk dlm rumah dan nak ddk luar. Since tadika tu masih tiada cikgu datang awal dan sambut, aku risau nak biarkan dia di luar rumah. Most of the time aku tinggalkan dia di buaian porch rumah tu sebab dia nak tunggu situ hingga kau naik keta dan bergerak. 
Bila di rumah dan juga selain sekolah takde karekter dia yang macam ni.

Setiap hari dia akan tunggu situ hingga aku bergerak dan berlalu pergi dan satu hari aku tergerak nak pusing balik lepas kereta aku bergerak dan tak sangka Aliff masih di buaian tu walaupun aku dah bergerak.  Dia pulak ternampak kereta aku berpusing dan aku pada masa tu masih turunkan tingkat kereta, bila dia ternampak aku, terus muka dia berubah ternampak aku. 

Walaupun pada masa tu covid dan diperlukan pakai topeng sepanjang masa, kita boleh nampak mimik muka yang berubah melalui mata. Jiwa aku cukup rasa tersentuh pada masa tu. Terus kisah yang abah aku cerita tu kembali teringat semula.

Dan aku buat exactly mcm mana abah aku buat, call isteri dan bincang. Esoknya aku letak Aliff di rumah dulu sebab masih PKP, isteri aku dan Ammar masih di rumah. Dalam seminggu aku daftarkan dia masuk ke tadika yang sama pernah Ammar masuk dulu. Masuk je sana, dalam sehari dua je dia rasa macam awkward sket mungkin sebab sekolah baru dan kemudiannya dah seronok bersekolah.

Hingga hari ni aku rasa bersyukur :
1. pernah mendengar cerita tu dari abah aku 
2. percaya kepada instinct
3. pusing balik kereta lepas drop anak aku tu

Walaupun aku cuba tny Aliff jika ada jadi apa- apa di sekolah spt kena pukul, kena buli dengan kawan2 atau pun kena marah, dia tak cerita tapi aku rasa pindah tadika tu langkah tepat sebab perubahan karekter serta merta di tadika baru.






Hingga hari ni even semasa aku menulis ni, aku masih teringat riak muka Aliff semasa aku pusing balik kereta lepas drop dia di tadika tu.

No comments: