31.7.13

Carry On 2

When your friends turn their back on you, time to carry on.  After all its dog eat dog world, its just you against everybody else.
Tq for the so called 'friendship'.
You will not be missed.

Project Love Sneakers II 2013



Donate your used running shoes and receive Rm80 voucher to be used at Running Lab Tropicana Mall. Only for normal price footwear only. Voucher will be valid till 5th October 2013. Donation start from 1st till 31st August 2013.
DONATE NOW!

I got a few shoes at how and already got my eyes on the new running shoe from the store.

Here is Running Lab Malaysia facebook page.

Pacesetter 30KM Back to Basic Run 2013 : Registered

Lest than 1 hour after the registration opens, I've registered. This will be my longest mileage yet. A step forward to Full Marathon next year.



30.7.13

Hand Job?

Kah kah kah

Pacesetter 30km Back to Basic Run 2013 : Registration Opens


Date : 8 September 2013 (Sunday)
Time: 5.30am to 6.30 am (last call for flag off is at 6.30am)
Venue: MARDI/MAEPS Pintu 2 Serdang
Distance : 10km to 30km
Time : Cut off at 4.5hours
Fee : RM35 (Pacesetter member), RM45 (non member)
Runners Entitlement : Bib, Finisher medal, Finisher T, Light Breakfast
More info, click here.
Register here.

Relieve Stress


Kah kah kah . benda macam ni pun ada dijual...yang menariknya dah 165 orang beli. Mungkin keadaan ibu kota ni terlalu stress.

29.7.13

Santai Putrajaya v2

Disebabkan minggu ni telepas LCCT Midnite Ride aku ajak Syed Akramin untuk kayuh bersama di Putrajaya. Jarak lebih kurang minggu lepas, hanya 33km tapi kali ni up tempo dengan banyakkkan route yang berbukit. Agak semput jugak terutama bila naik ke puncak PICC sebab dah lama tak buat..



Sepanjang pemerhatian aku selama 2 minggu berturut-turut di Putrajaya didapati di kawasan core Island tu jika tak dikawal dengan betul akan jadi pusat mat rempit, mat-mat kereta modified turbo bising tapi jalan tak laju pun dan port couple2. Dulu tak mungkin dapat tengok orang berhenti di tepi2 jalan di Jambatan di Putrajaya. Kalau ada pasti di halau dengan pegawai keselamatan.  Sekarang dah bersepah-sepah kenderaan parking di tepi2 jalan di jambatan, nak layan permandangan katanya sedangkan tangan duk seluk dalam selur perempuan.

Bukan bersifat negatif tapi, aku pernah lihat banyak kali adegan tak senonoh dengan mata sendiri sepanjang 2 tahun berbasikal di Putrajaya. Seperti yang aku pernah katakan, di Putrajaya je aku rasa orang boleh selamba melakukan maksiat di kawasan perkarangan dan berdekatan masjid tanpa segan silu. Memalukan bila memikirkan yang mereka itu dari bangsa sendiri.

View-view sebegini mencacatkan permandangan indah semasa mengayuh basikal. Jika masalah rempit-rempit ni tak di kawal aku yakin Putrajaya di area core Island dah jadi kawasan tak selamat mungkin tiada lagi orang yang akan mengayuh basikal, berlari, bermain roller blade dan lain-lain di sana.







28.7.13

Menipu atau Ditipu?

Sebelum Ramadhan : RM6.60 sekilo.
Semasa Ramadhan : RM8.80 sekilo
Diarahkan ikut harga siling hingga 11 Ogos : RM7.70 sekilo

Soalan cepumas bernilai 1 juta ringgit : Apa berapa harga sekilo pada 12 Ogos?

Superman

Today I feels like Superman. 
Why?
Because I survived 6 hour shopping with my wife and son. 


26.7.13

Back to Back Events

I did back to back events before but managed to get at least almost 24 hour rest in between event. My body felt quite good during both event especially the second. I even managed to do a 4 hour drive all the way to Lumut after the second event.
So I will try to repeat the same thing again but this time will less rest time in between races. I have registered with heavy persuasion from my friend Burn, Putrajaya Night Marathon (PNM) and Adidas King of the Road (KOTR).



In PNM I've registered Half Marathon and 10km in KOTR. PNM for HM will start at 8pm 19th October and will try to finish it by 2hour 30 mins. KOTR for 10km category will start at 7am on the next day 20th October. As usual I will take 2nd event as recovery run and running slowing than my normal 10k run.
In between races I will only managed 8.5 hour gap and will try to get much rest and sleep as possible during that small gap.
Can I do it? Lets wait and see.

25.7.13

Kejam

Dijadualkan keluar 26 Ogos 2013 tapi hari ni jam 4.05 petang keluar emel carta organisasi nama dah dibuang.
Wah sampai macam tu skali penangannya.
"TQ for the service" agaknya.

Keji

Aku baru dapat tau ada runners yang aku kenal yang register event semata-mata kerana vest dan kemudiannya langsung xlari. Lepas tu jual semua bib dengan harga tinggi walaupun tanpa vest.
Tanpa segan silu pakai vest tu dan claim pernah lari dalam event dengan certain2 timing.
Sifat anda secara jujurnya adalah amat keji.
Anda telah hilang rasa hormat saya pada anda.

24.7.13

Adidas King Of The Road : Registration Opens




1 of the most sought after events in Malaysia is back again. Servers already slowing down due to huge respond from runners yesterday. I'm pretty sure it will be full by 2 weeks .

I will be giving this event a pass  for two reasons:
a) already participated in Putrajaya Night Marathon in HM the night before. Not enough rest time.
b) the placed will be jam packed with cars. Finding a parking space will be a hassle but I'm sure Sunway Pyramid parking lot will be opens for runners in this event.

I'm  sure this event will be back again on 2014.

Anyway to register click here or to browse the official website click here.

As I am writing this post 60% slots has been taken, wait no more runners. Register NOW!

Book 13 of 2013 : Larry The Cable Guy

Its been a while since I've read my last book.  I've stopped after Book 12 since I have met my yearly target but life was quite boring without any books.  So here we go again.
Lets syart with light material about a man who is one of the famous stand up comedian in the USA. This book tell the story of his life, how he get his name and how he coined his famous quote Git-R-Done.

23.7.13

Diskriminasi

Kenapa bila terjadi sesuatu yang tak baik sbg contoh seseorang individu ditangkap tidak berpuasa, perlu disebut dia adalah penjawat awam?
Adakah ini bermakna pekerja swasta berpuasa penuh semuanya?
Bila terjadi kes tangkap khalwat pasti disebut, penjawat awam ditangkap khalwat.
Adakah ini bermakna pekerja swasta semua tak pernah berbuat sedemikian?
Bila berlaku kecurian terus dinyatakan, penjawat awam dicekup kerana mencuri.
Adakah ini bermakna pekerja swasta semuanya jujur tiada seorang pun yg pernah mencuri?
Kenapa bila berlaku sesuatu yang buruk perlu disebut pekerjaan?
Adakah pekerjaannya menentu sahkan yang individu itu jahat atau tidak?
Kenapa perlu diskriminasi?

22.7.13

New Chapter

Will be leaving soon. Moving to a new chapter in working life.  26 August 2013 will be the day.
Time to move forward.

LCCT MidNite Ride + Santai Putrajaya

Kayuhan ke LCCT datang lagi. Pada hari biasa Jumaat malam Sabtu Kali ini dengan lebih ramai cyclist. 27 orang kali ini turun mengayuh dan seperti biasa hanya aku seorang sahaja yang mula dari Shell Kota Warisan. Mula dari Kota Warisan aku hanya dapat separuh dari 77km total mileage, rasa rugi tapi disebabkan faktor keluarga terpaksa lepaskan. Takpelah yang penting dapat juga kayuh dari tiada langsung.
 
info kayuhan di sini

Kali ni berjaya ajak Hasni untuk join skali. Dia sebenarnya dulu yang ajak aku kayuh ke LCCT tahun lepas sebagai permulaan training dia untuk Jamboree. Sejak di pindah ke Semenyih susah nak turut serta disebabkan faktor jarak dari Semenyih ke Putrajaya. Dia sebagai rider power berjaya tamatkan 77km kali ni.

Aku dan Hasni

27 rider termasuk jurugambar



Lebih banyak gambar ada di FB salah sorang rider Abg Joy Saidin.



Keesokkannya, aku mengajak kawan-kawan STC untuk kayuh santai di Putrajaya selepas tarawikh. Macam recovery ride selepas kayuh laju malam sebelumnya. Yang confirm awal, Syed Akramin kawan sekolah lama aku yang mula berjinak-jinak dengan MTB tahun lepas. Ada juga pujuk-pujuk yang lain tapi macam takde respon. Akhirnya ada 2 orang lagi yang join iaitu Wan dan Boy.
Wan hampir 1 tahun lebih stop mengayuh sebab kumpul duit nak kahwin dan baru sahaja sebelum puasa tu kahwin.
Boy dah lama tak kayuh sekali dan last kayuh bersama dalam bulan Mac.
Putrajaya tempat yang menarik nak kayuh santai kerana kawasan yang agak tenang dan kurang trafik. Boleh dikatakan selamat tapi pastikan mengayuh di kawasan core island sahaja. Keselamatan di luar core island jika mengayuh seorang tak boleh dijamin.

info lanjut di sini

Akhirnya dapatlah lebih 36km pada  malam tu. Kayuhan santai yang bermula di Dataran Putrajaya, pusing di sekitar core Island dan akhirnya kembali  ke Dataran Putrajaya.

dari kiri, Syed Akramin, aku, Wan dan Boy
Gambar di atas ni berjaya mintak sorang awek tolong ambilkan sebelum di halau oleh guard Dataran Putrajaya kerana malam dah lewat.
In the end, it was a good santai ride dan mungkin boleh dibuat bersama setiap 2 minggu sekali.



20.7.13

Pacific Rim


  1. Dalam cerita ini robot dipanggil Jaeger dan raksasa dipanggil Kaiju. Jaegar dari bahasa jerman  manakala Kaiju dari bahasa Jepun.
  2. Satu filem yang hebat terutama efek yang hampir keseluruhan menggunakan CGI, skor bunyi dan lain lain. Ada juga kadangkala bila guna CGI nampak terlalu 'computerish' bila berkaitan dengan objek2 selain robot dan raksasa seperti kereta,jambatan dan lain-lain.
  3. Jalan cerita bagi aku biasa-biasa. Guna standard biasa, diserang-hero wujud-hero kalah-hero bangkit semula dan menang.
  4. Skrip bagi aku pun biasa aje cuma skrip2 seperti menaikkan semangatlah.
  5. Bagi aku orang yang pegang watak hero bernama Raleigh Beckett iaitu Charlie Hunnam cara dia berjalan, bercakap, ekspressi marah, emosi lebih kurang sama dengan lakonan dia dalam drama Son Of Anarchy iaitu watak ketua gangster Jax Teller.
  6. Heroin Rinko Kickuchi yang bawa watak Mako Mori, biasa-biasa aje. Mula2 nampak introvert akhirnya nampak menyerlah aje.
  7. Jaeger kalau ikut promo sebelum filem keluar nampak banyak tapi bila dalam filem hanya beberapa je guna seperti Jaeger milik hero Gyspy Danger dari USA, Striker Eureka dari Australia, Cherno Alpha  dari Russia dan Crimson Thypoon dari China.
  8. Semua Jaeger ni ada kehebatan sendiri yang diterangkan oleh watak Stacker Pentecost yang dibawa oleh Idris Elba tapi bila lawan senang pulak nak rosak dan hancur kena dengan Kaiju.
  9. In the end Gyspy Danger gak yang setelkan semua walaupun  kaki satu dah cacat dan tangan sebelah dah putus.
  10. Kaiju ni dibezakan dengan kategori gred berdasarkan saiz seperti kategori 1,2,3,4 dan 5. Setiap Kaiju yang keluar ada code name macam  Daggerhead dan Jaiju tapi disebabkan hanya disebut sekali sahaja dalam filem bila Kaiju tu keluar dari laut so nama tu terus xingat.
  11. Yang agak pelik dalam cerita ni bila Jaeger berkumpul di Hong Kong kerana Kaiju keluar dari laut dekat Hong Kong. Sedangkan sebelum ni Kaiju ni ada di mana-mana tempat.
  12. Yang tak logik adalah bila Beckett boleh bertahan tanpa oksigen, siap boleh bercakap lagi bila nak letupkan Jaeger dia. Siap sempat letupkan, masuk escape pod yang kemudiannya mati.
  13. Seperti biasa  dalam feel good movie, hero xboleh mati. Jadi tiba-tiba hero boleh bernafas balik walau dah lama xsedarkan diri akibat kurang oksigen dalam escape pod tu.
  14. Walaubagaimanapun secara keseluruhan aku rasa cerita ni best dan kalau diberi peluang aku nak tengok dalam bentuk 3D plak. Pasti lebih hebat.

19.7.13

Kayuhan Kemanusiaan Syria 2013 : Peta Laluan






Peta yang baru ditetapkan oleh urusetia program. Kalau dilihat di sini total jarak 41km, berkurang 21km dari jarak asal. Masa permulaan pun di awalkan ke 8 pagi. Info lanjut terdapat dalam post ini.

2XU Compression Run Malaysia 2013 : Registered

Sometimes I will do something without even thinking.
Last night I did register again in another running event,2XU Registration Run Malaysia 2013.
The planned date was 29 September 2013 but since SCKLM was postponed to the same date, this event was move to 3rd November 2013. I should consider this run as a preparation to PBIM two weeks after this event.


I've got my special rate coupon during the SCORE expo last month which is RM55 for 1 participant.
For others who didn't bought any coupons could register here, but the registration only opens on the 1st August .
Below are the registration fee.


Actually, there is also package which you can bought your 2XU Compression Calf Guard and Shorts and your race fee, with a special price.


The official vest was pretty cool by the way and the same design and colour as 2XU Compression Run that was held in Singapore early this year.

More info and to register click here.

LCCT MidNite Ride - Peta Laluan

Akhirnya setel juga masalah server di website sports-tracker nih. Lepas seminggu baru dapat tengok training map hari tu

info lanjut di sini

Cerita dan gambar masa kayuhan yang lepas tu ada di sini.



18.7.13

Teka


Apa yang pelik dengan gambar ini. Sungguh takut mereka dengan satu nombor itu. Kawan aku pun duduk di apartmen yang lebih kurang sebegini.

S.A.L.T

Kajian separuh tahun bagi Sasaran Aktiviti Luar Tahunan (S.A.L.T)
Sasaran awal adalah sebulan 1 aktiviti untukk basikal dan berlari. Mari kita lihat jika ianya berjaya.


Di atas ada 7 medal untuk aktiviti berlari bermakna 7 aktiviti dari bulan Jan hingga Jun. Itu pun belum dicampur 3 event yang disertai tapi tiada finisher medal.


Hanya satu medal dari bulan Jan hingga Jun tahun ini. Ini kene diperbaiki lagi. Gagal mencapai sasaran.
Atas sebab itu dijangka akan turut serta dalam  sekurang-kurangnya 2 lagi event basikal sebelum hujung tahun. Kene buat persediaan awal sebabkan badan dah tak biasa nak mengayuh offroad. Ayuh, bulan Ramadhan pun kita sapu untuk berkayuh.

17.7.13

Jersi Basikal

 

Sejak mula mengayuh dari tahun 2009 lagi hanya 3 jersi basikal ni sahaja yang aku ada. Sesetengah orang amat minat mengumpul/membeli pelbagai jenis jersi dari perlbagai jenama tapi bukan aku. Ada sesetengah orang suka mengumpul full set iaitu jersi dan seluar/bib tapi aku jersi sahaja. Untuk seluar aku membeli yang jenis biasa.3 jersi ni walaupun biasa sahaja mempunyai sebab tersendiri kenapa aku suka.



Jersi ni dibeli masa event basikal Share Our Road. Sebab tu di baju penuh dengan logo sponsor. Event Share Our Road cuba meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya supaya berkongsi dengan pengayuh basikal. Baju ni aje aku ambil saiz XL walaupun order saiz L kerana waktu cuba kat kaunter registration event tak muat.


Ni event jersi Jelajah 1 Malaysia macam Le Tour de Langkawi.  Jarang dapat event jersi kerana selalunya tak di jual pada public atau pun stok hanya sikit dan cepat habis. Lagipun sebab membeli adalah perlukan sedikit warna terang waktu mengayuh bagi memudahkan pengguna jalan raya lain nampak. Sesuai la nak guna masa kayuhan malam.


Ini jersi aku paling sayang, jarang pakai. Hanya pakai bila masuk jamboree sahaja. Sebabnya ini jersi pertama beli, ditempah khas mengikut group basikal aku. Brand ni masa aku tempah tak popular lagi tapi sekarang kat mana-mana pengayuh pakai jersi basikal custom dari brand ni.
Waktu tempah dulu wajib ada 10 helai baju diorang akan buat so ada sepuluh orang aje ada jersi ni.
Daripada 10 orang tu pun berapa kerat je yang masih mengayuh basikal jadi jersi ni agaknya2 tak lama lagi pupus.

Padan Muka

Di laman sosial persatuan ada seorang yg letakkan post mahu mencari sesiapa yang berminat tukar tempat kerja suka sama suka. Tiba-tiba datang seorang lain yang beri komen perasan bagus dan berkata macam-macam hingga keluar kata keramat yang amat memedihkan iaitu 'manja'.
Entah kenapa bagai dirasuk ramai pula orang lain yang masuk menyampuk yang membelasah ala ala keyboard warrior pada orang perasan hebat itu tadi.
Memang kasihan bila dibaca komen-komen yang tertera. Ayat makan dalam. Umpama pisau ditikam di perut kemudian dirodok sedalamnya.
Yang paling kelakar adalah akhirnya orang perasan bagus tadi terus delete semua komen-komen perasan bagusnya kerana tak tahan kene troll.
Sebab itu ada pepatah dari kuala pilah berkata ' respect comes both ways. In order to be respected you must first respect others even if they are younger than you'.
Aku rasa dia dah dapat pengajaran dari ayat perasan bagus dia. 
'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'
Buat orang perasan bagus itu, you are already a laughing stock of others.... Kah Kah Kah.

16.7.13

Why do U Run?

I run to silence the Blerch!

Kayuhan Kemanusiaan Syria 2013


UPDATED
Kayuhan di pinda ke tarikh baru 1 SEPTEMBER 2013 (AHAD)
Jarak kayuhan dipendekkan kepada 43 km

Kayuhan Kemanusiaan Syria 2013
Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 9 pagi -12 tghari
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3 (dijangkakan bermula di hadapan Bangunan Perbadanan Putrajaya)
Jarak : 62km (12km bersama VVIP) sekitar Putrajaya
Bayaran : RM35 ( RM10 didermakan kepada MERCY Malaysia utk Tabung Syria). Akan terima T-shirt program dari Ciclista

Maklumat Lanjut boleh layari laman FB mereka di sini.

15.7.13

LUV


This is one of the reason I love watching Sundance Channel on Astro. U got to watch some gripping movie that opens up your minds on things. I would recommend for U to watch this. LUV actually an acronym of Learning Uncle Vincent. A story about a boy who have nobody except his grandmother learn from his ex-convict uncle on how to live the life. Its a very sad story as the boy have nobody to look up to and really idolized his uncle and his uncle trying to teach him on life.

14.7.13

LCCT MidNite Ride

Kayuhan padu lepas tarawikh Jumaat malam Sabtu lepas.  Dah lama tak buat ni, lebih setahun. Yang lain 14 orang bermula dari Masjid Putrajaya dan aku hanya dari Kota Warisan. Lebih dekat dengan rumah nak balik nanti.
Plan spttnya kayuhan bermula jam 10 malam dr Putrajaya dan tiba di Shell Kota Warisan utk 1st pit stop jam 10.30 malam. Mungkin sebab Ramadhan dan kesibukan mengerjakan Tarawikh jadi mereka mula agak lambat dan hanya tiba dalam 11.30 malam di Shell Kota Warisan. Aku dah tunggu di Shell Kota Warisan sejak jam 10.45 malam lg.  Semangat punya pasal tetap tunggu.
Dari semua rider mereka memang hebat belaka.  Kayuhan padu, cuma aku je yang sayur.  Aku gagahkan jugak untuk ikut dan hanya mampu ride dengan 2nd peloton.  Diorg  hebat-hebat, rider2 podium jamboree tapi tetap tunggu rider yang slow macam aku.
Hasilnya dapat juga 35km malam tu dengan average speed 25km/h. Yang rider2 lain pasti average speed lagi laju.  Yang pastinya kalau ada kelapangan pasti aku akan join lagi.
Rider2 yang dari Putrajaya mileage diorang dalam 77km kalau tak silap. Memang hebat.
Yang kelakarnya nak dijadikan cerita, kereta yang aku park di Shell Kota Warisan xmau start bila habis pukul 2 pagi tu.  Nasib baik ada brader yang kerja situ sanggup tolak untuk aku.  Kalau x sahur minum petrol aje la aku hari tu.
Yang aku agak sakit hati website sports-tracker yang down sampai sekarang menyebabkan aku xleh view workout ni.
Till the next ride...... Ride Hard, Ride Safe, Ride Happy. 

13.7.13

Tampin Nature MTB Ride


Pendaftaran belum dibuka tapi boleh sentiasa follow up di website KembaraNegara.com dan FB Tampin Nature MTB Ride.

UPDATED
Dengan poster baru dan borang penyertaan individu dan kumpulan.
Pendaftaran dibuka!


borang penyertaan individu

borang penyertaan berkumpulan

12.7.13

Cameron Highlands Thompson Trail 2013 MTB Fun Ride : Pendaftaran Dibuka


Amat tempting untuk join yang ini. Mungkin kalau ada kawan lain yang nak carpool skali pasti sampai ke sana.
Dengan Yuran RM30 boleh dapat Plat, T-shirt, Medal dan Makan tengahari.
Pendaftaran boleh di buat di sini manakala info lanjut boleh rujuk ke FB group ini.
Organizer juga ada set event di FB di sini.

Cycling Infographics