25.6.25

Book 1 of 2025 : May 9 People Power Saves Malaysia

Kali terakhir aku menulis tentang buku adalah 2020. 5 tahun kemudian, aku rasa sedikit penat dan lemau kerana dah tidak dekat dengan buku. Jadi aku kembali membaca, buku - buku pun merupakan buku yang sebelum ni dah beli dan baca separuh jalan.

Buku ni dikeluarkan pada 2018, aku beli di kedai buku 2nd hand di Pulau Pinang. Rasanya ditulis atas kegembiraan pertukaran kerajaan selepas pilihanraya 2018. Buku ni bila aku refleks semula pada tahun 2025 ni, berjaya mencapai hasratnya iaitu menceritakan kehebatan proses itu yang menyebabkan pertukaran kerajaan dan masa sama membunuh kredibiliti dan kerjaya politik seseorang.
Walaupun dah 7 tahun buku ni ditulis, bagi aku still a good read dan masih relevan. Moga ada semangat ke buku seterusnya.

14.6.25

Puncak Kinabalu



2020

2024


2025

Tercapai sudah 3 kali. Mana tahu tiba2 tahun depan jadi kali ke 4 pula. Hahaha.

10.6.25

Akinabalu : Yang Ketiga

Selepas berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada tahun lepas, aku tak pernah terbayang nak mendaki sekali lagi Gunung Kinabalu pada tahun ni. Entah apa yang merasuk diri atau mungkin kena sihir sampai aku join sekali lagi bila kawan aku ajak pada hujung tahun lepas.


Perbezaan kali ni adalah pendakian tidak melalui mana - mana agen dan dilaksanakan secara DIY. Bila DIY ni paling mencabar adalah nak battle slot semasa hari pertama pendaftaran terbuka. Jika lewat pasti slot sepanjang tahun tu habis. Atas usaha team, berjaya secure 8 slot pendakian, tak sempat nak melengkapkan 10. Aku dah melengkapkan 3 penginapan utama di Laban Rata. 2020 aku menginap di Panalaban Hostel, 2024 di Laban Rata Guest House dan 2025 di Lemaing Hut.

asada
Aku dapatkan ni dari Kinabalu Park untuk rujukan

Selepas dah secure slot ni banyak benda juga yang perlu diuruskan sendiri seperti penginapan, pengangkutan dan lain- lain. Since tahun lepas aku dah naik dan dah share pengalaman tu di sini, aku rasa untuk tahun ni aku nak ceritakan kos- kos yang berkaitan sepanjang urusan pendakian Gunung Kinabalu ni.


Untuk pendaftaran slot di Lemaing Hut adalah sebanyak RM475 sebelum cukai 7%. Kos yang dibayar selepas cukai adalah RM508.25. Ia meliputi penginapan di Laban Rata, makan dan permit. Makan ni pula 3 kali di Laban Rata iaitu, makan malam, supper dan sarapan pagi. Aku share juga gambar Lemaing Hut tu dapat gambaran jelas.

Bilik no 2

Sebab sampai awal, aku amik katil bawah plg dekat dengan pintu

Tarikh aku ke sana bermula pada 3 hingga 5 Mei 2025. 3 Mei merupakan pergerakan melalui flight dari KLIA ke KK. Bermula di kaki gunung Kinabalu Park pada 4 Mei dan turun semula pada 5 Mei. Aku terus balik ke KLIA pada 5 Mei juga dengan ambil flight terakhir sekali.

Beg ni aku pinjam dari Khairul, manusia yang sentiasa bersatu dengan gunung



Selepas book slot, kena pula book tiket flight. Yang ni bergantung kepada masing- masing nak pilih airline apa dan bila nak beli. Range harga tak dapat nak agak cuma untuk aku hanya RM88 sahaja sebab aku tolak point Enrich Miles.

Dah sampai airport KK, perlu punya menyewa kereta selama 3 hari. Kereta yang disewa adalah Perodua Bezza sebab ruang boot luas untuk letak beg2 besar. Kos adalah RM160 sehari dan keseluruhan adalah RM480. Kos kereta ni boleh dikongsi bersama dengan team.



Untuk mendaki Gunung Kinabalu ni adalah adfhal kita sampai lebih awal ke Kundasang. Nak membiasakan dulu dengan kesejukan. Untuk di sana, aku menginap di J Residence Kundasang yang hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk. Harga penginapan RM200 1 malam dan bilik boleh berkongsi 2 orang.

Pada malam sebelum naik tu, semua berkumpul untuk sembang-sembang bagi pergerakan keesokkannya. Sambil tu juga kumpul2 duit between team utk beberapa bayaran yang belum selesai seperti pengangkutan dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate RM15, Conservation fee RM10, Sijil RM10 ( optional), Medal RM10 (oprtional) dan Guide RM350 ( dibahagi 5 orang dalam team).


Selesai kumpul sebab pada esoknya perlu bangun awal kerana misi utama nak memastikan mula awal naik ke puncak. Keesokkannya, by 6.30 dah sampai di tempat sarapan betul - betul depan pintu masuk Kinabalu Park iaitu Tahubang Kinabalu Restaurant. Tahun lepas masa aku naik, kedai ni tutup. Semasa naik kau perlu ada pack food untuk dimakan dalam perjalanan sebelum sampai ke Laban Rata. Restoran ni menyediakan perkhidmatan tu dengan harga RM18 per pax. Jadi tapau juga 8 pax untuk kesemua yang naik. 


By the way ada indeminity form yang kau boleh isi secara online 3 hari sebelum naik. Jika isi secara online kau akan menjimatkan masa berbanding isi manual semasa di Kinabalu Park tu. Jadi lepas isi, kau just print out dan bawa ke pejabat tu dengan sesalinan MyKad. Ada sedikit kesilapan juga dari part team aku di mana tak bagitau mereka lebih awal bhw team aku memerlukan Guide, jadi Guide tak available on the spot. After a few phone call, diorg jumpa guide backup yang on standby. 


Untuk barang yang nak dibawa naik, ada option untuk kau bawa sendiri dari Timpohon ke Laban Rata atau pun nak menggunakan perkhidmatan porter. Rate porter adalah RM14 per kilo dengan jumlah minimum 10 kilo. Aku macam biasa memang tak nak bawa sendiri, begitu juga yang lain. Jadi kesemua barang dikongsi dalam 2 beg untuk diserahkan ke porter.Kos ni boleh dikongsi bersama team juga.


As of now kos untuk Gunung Kinabalu sahaja tak termasuk kos porter adalah  RM613.25. Kos ini juga tak termasuk tiket penerbangan, sewa kereta dan juga penginapan sehari sebelum tu.

Jika recap semula kos dah terpakai untuk DIY ni adalah sebanyak RM939.25 tak termasuk porter. Kos porter adalah RM238 untuk 17 kg. ( boleh dikongsi2 juga)



Pada malam sebelum tu, misi utama adalah nak mulakan pendakian pada jam 8.30 pagi. Walaupun sedikit tersasar, pendakian dimulakan jam 9.03 pagi selepas briefing oleh guide di Timpohon Gate.



As usual sebaik lepas mendaftarkan diri di Timpohon Gate tu, akan nampak Carson Fall di sebelah kiri dan pengembaraan bermula. Pendakian demi pendakian sehingga ke Laban Rata.

Di sepanjang laluan, ada signage setiap 500 meter dan ada pondok berserta tandas setiap 1km. 

Susunan pondok dari awal adalah :
1. Pondok Kandis
2. Pondok Ubah
3. Pondok Lowi
4. Pondok Mempening
5. Pondok Layang - Layang
6. Pondok Villosa
7. Pondok Paka



Dari ketujuh- tujuh pondok ni yang sedikit besar adalah Pondok Layang - Layang sebab pondok ni tempat makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Jadi pack food yang dah dibeli awal tu boleh makan kat sini. Walaupun tak berselera, aku habiskan juga nasi goreng dan ayam goreng yang dibekalkan. Ada juga epal dan telur rebus yang tak habis dan aku bawa ke Laban Rata. 


Kali ni entah apa yang terjadi, pergerakan aku sedikit laju berbanding sebelum ni. Jam 2.23 petang dah tiba di Laban Rata. Cuaca sepanjang perjalanan tidak berangin dan panas terik.  Niat aku cuma satu, sampai awal dan nak rehat awal. Bertiga dalam group sampai awal iaitu aku, Adzhar dan Huda, manakala 5 yang lain tak jauh di belakang.



Disebabkan sampai pun awal, lepas rehat beberapa ketika, bersihkan badan dan tukar pakaian, aku naik ke Pendant Hut tempat di mana boleh beli poskad dan setem untuk dimasukkan ke post box. Ada option beli poskad dari bawah atau pun dari Laban Rata Guesthouse, cuma bezanya kalau dari Pendant Hut, boleh dapat 2 cop berbanding 1 cop. As of aku menulis ni dah masuk sebulan, poskad masih belum sampai ke rumah.  Kah kah kah.



Azabnya bila kau tak ddk di Laban Rata Guest House ni, setiap langkah dari Lemaing Hut ke cafe, ke Pendant Hut dan lain- lain di sekitar amat memenatkan sebab berada di altitude tinggi dan badan belum membiasakan dengan keadaan ni.

Aku tido awal sebaik sahaja lepas makan sebab kepenatan, mungkin sebab laju sangat naik ke Laban Rata. Ada terjaga 2-3 kali ke tandas dan bangun macam biasa jam 1.30 sebagai persiapan supper sebelum summit attack. 

suhu di Laban Rata pada 2.30 pagi 8.4 degree

Bangun pagi aku rasa kurang segar walaupun tido awal, ni tanda recovery tak cukup. Try la makan energy bar, gel, tablet yang patut. Dari 8 yang berjaya ke Laban Rata, sorang decide tak nak naik. Jadi 7 orang memulakan misi sampai ke puncak.


Summit attack bermula jam 2.45 pagi. As usual target asal adalah tiba sebelum 5.30 di Checkpoint Sayat- Sayat. Kalau tiba lewat diarahkan patah balik. Manage sampai ke sana jam 4.23 pagi. Berehat seketika sebab meneruskan misi ke puncak.




Selepas Sayat- Sayat ni aku rasa teramat letih, banyak masa dihabiskan dengan rehat selepas beberapa langkah. Masa tu yang menguatkan semangat adalah nampak Huda dan Adzhar di depan dan cuba bergerak supaya tak terlalu jauh. Selepas beberapa ketika aku yakin tak berjaya sampai atas matahari terbit, oleh itu aku teruskan langkah seperti biasa walaupun makin perlahan. Ada juga terniat dalam hati kalau tak sampai peak pun takpe sebab dah 2 kali sampai peak. Kali ni perjalanan ke peak aku rasa amat sejuk walaupun tak berangin sampai terpaksa pakai glove, tahun lepas pakai glove untuk naik peak aje sebab banyak kena pegang batu - batu.





Tetap terus melangkah walaupun teramat penat dan semakin ketinggalan dari dua orang kawan di depan. Akhirnya berjaya sampai ke puncak 2 jam selepas itu iaitu 6.43 pagi. Tahun ni peak agak sesak, mungkin sebab aku pegi masa cuti panjang hari buruh. Tak tunggu lama di atas sebab terlalu sesak oleh itu selepas beberapa gambar bergerak turun. Lagi 4 yang lain pun Alhamdullillah sampai juga ke atas, tak jauh di belakang.



Masa turun, selepas bergambar di tempat2 biasa aku begerak turun. Cuma aku terlepas nak bergambar di peak yang ada muka gorilla tu. Adakah ini tanda perlu ke Kinabalu 2026? Habis bergambar aku terus gerak turun awal dengan misi bila sampai nak tido. Memamg betul time turun amat laju sampai gambar pun kurang amik sebab nak tido. Dapat la power nap dalam 15 minit. 



Sarapan ada disediakan hingga jam 10.30 pagi dan perlu juga check out pada masa yang sama. Jika lewat check out, penalti adalah RM100. Punya la mengikut arahan kami ni semua, by 10.30 pagi semua dah siap2 nak bergerak. Pass barang ke porter, amik gambar beramai - ramai di signboard Panalaban dan terus gerak turun.



Cuaca sepanjang turun panas dan ni kali pertama juga aku merasai cuaca panas sejak semalam dan hari ni. Selalunya pasti ada sikit2 hujan semasa perjalanan. Perjalanan turun amat lancar dengan 3 orang sekawan berada di depan. Yang lain dalam 30 minit di belakang.
Jam 2 petang sampai semula ke Timpohon Gate.


Jumpa pokok ni kau wajib bergambar


Tak menunggu lama sebab nak kejar flight jam 10.15 malam. Mandi kejap di tandas Kinabalu Park, tukar pakaian dan  bergambar berkumpulan dan terus bergerak ke Kota Kinabalu.


Bila dah kali ketiga ni aku rasa mungkin dah tamat pengembaraan aku ke Gunung Kinabalu. Mungkin tahun depan kita cuba pula tempat lain. Misi duit RM100 masih belum tercapai. Perancangan awal pada tahun ni nak naik Mulu Pinnacles. Mungkin boleh cuba lagi tahun hadapan.


Buat kawan- kawan Adzhar, Huda, Shahrul, Effy, Syamil, Farah dan Ermy terima kasih banyak- banyak sebab sudi ajak pada tahun ni. Terima kasih atas pengalaman indah ke puncak untuk kali ketiga.

Baca sini untuk misi pada 2020. 

Pada 2024 siap buat 2 part sebab semangat tulis panjang sangat. Boleh refer Day I dan Day II

#MisiKembaliJelas