Aku sudah terjumpa satu bentuk penipuan. Aku sudah nampak bende ni lama dan hanya baru aku sekarang aku tergerak nak post dalam blog. Semalam aku ke Giant membeli barang dapur. Setelah memilih barang aku bergerak ke kaunter untuk membayar. Tahukah anda jika barang pertama di scan berharga RM 2.99 secara automatik akan digenapkan ke RM 3.00.Ini hanya terjadi pada barangan pertama yang discan shaja. Sepatutnya penggenapan hanya dilakukan pada jumlah akhir selepas semua barang habis dikira.
Contoh (penggenapan pada barang bertama)
A: 3.00
B: 4.00
C: 5.59
----------
Ttl: 12.59 digenap ke 12.60
Contoh (penggenapan pada hujung bil)
A: 2.99
B: 4.00
C: 5.59
-----------
Ttl: 12.48 digenap ke 12.50
Purata keuntungan penipuan Giant pada setiap pembeli adalah dalam 0.01 sen ke 10 sen. Jika diambil yang paling minimum sekalipun pada keuntungan minimum 0.01 dan dijumlahkan pada pembeli yang datang sehari pasti berlipat ganda. Itu belum di kira pada waktu puncak terutama hujung minggu. Giant Nilai umpama KLCC di hujung minggu. Kawan-kawan pastikan anda tidak terkena dengan penipuan ini jika membeli belah di Giant.Semasa membayar pastikan barang yang pertama adalah harga yang genap.
nota kaki : pemerhatian hanya di jalankan di Giant Nilai sahaja, pasaraya Giant atau pasaraya-pasaraya besar lain aku kurang pasti keadaannya.
2 comments:
sejak tak de keja ni, yg ni pun kau sedar erk..
aku saje nak menginagatkan diri aku dan kawan2...takut tertipu
aku ada keje..minggu depan dah start outstation
Post a Comment