Aku baru menonton cerita di channel 703 pasal satu grup org muda Brit yg dihantar berkerja ke Asia di sektor makanan. Kene tanam padi, potong ayam, jala ikan, potong ikan dan lain-lain. Ada satu kisah dalam cite tu yang menarik minat aku mengingatkan kehidupan di kilang lama. Sorang perempuan di kilang potong ayam dah setahun tak balik ke rumah sebab mencari rezeki di tempat lain. Meninggalkan anak sejak berumur tiga bulan sampai sekarang. Bila di bawa balik oleh sorang org muda Brit ni ke kampung , anak dia tak nak kat perempuan tu sbb tak kenal dia.Mengingatkan aku tentang kehidupan di kilang kicap. Keje selama 12 jam sehari selama 4 hari berturut-turut dan diberi cuti 2 hari sbeelum sambung semula kerja 4 hari tu. In between cuti tu, kadang2 aku paksa operator2 datang OT.Diorang ni banyak miss pasal kehidupan sosial masing-masing dan paling penting pasal anak2 diorng. Bergantung harap dengan orang lain membesarkan anak diorang.
Bende ni yang jadi salah satu sebab aku berenti dari kilang kicap. Walau gaji kecik di tempat baru berbanding kilang, tapi aku sanggup bersusah sbb aku rasa duduk lama di kilang kicap akan menjauhkan aku dgn famili aku. Aku terfikir mesti perkembangan hidup anak aku tak hirau sgt sbb sibuk sentiasa ke tempat kerja.
Aku bersyukur aku diberikan peluang ini oleh tuhan.
p.s: walau dah berenti,kawan-kawan kilang still kawan the best yg aku dpt. susah senang dimaki,dicaci dihadapi bersama.
3 comments:
ermm sy pun pernah tgk rancgan tu....mcm2 kan
aku bangga jadi antara rakan kor yg the best itu...
walau siapa pun dirimu Anon, aku berbangga bekerja dgn mu
Post a Comment