Aku ada seorang kawan yang ada sakit resdung macam aku. Tapi lebih teruk. Pagi-pagi tak boleh kena sejuk nanti selesema. Tak boleh kene habuk langsung.
Confirm selesema. Dalam seminggu memang selalu selesema dari pagi ke petang. Aku kesian sebab bila tanya dia dah macam-macam cara cuba tapi masih tak berjaya. Aku cadangkan bekam sebab aku pernah cuba dah setakat ni resdung semakin kurang. Rawatan resdung ni agak mahal. Dalam 2 jam  charge RM210. Aku buat dulu dalam 1 bulan tiap-tiap hujung minggu pergi buat. Selepas tu dah Ok. Lepas tu setahun sekali aku buat.Dia jawab kat aku, dia tak nak buat sebab MAHAL. Ok, benda ni kene bergantung kepada keadaan kewangan seseorang juga. Tapi yang aku peliknya dia ada X-Box, TV HD, Astro Beyond, Sound sistem canggih dan banyak gajet -gajet lain. Dia gila gajet. Aku tanya kenapa dia kumpul benda ni, dia jawab "sebab minat" . Aku tanya tak mahal ke gajet-gajet ni  dia jawab " mahal, tapi nasib baik personal loan ada".  
 
Antara kesihatan dan barang-barang gajet berteknologi tinggi. Dia pilih gajet. Aku pelik memikirkannya. Aku tak nak jadi judgemental sebab mungkin cara seseorang menilai kesihatan tu lain dari aku. 
Akhirnya aku redha dengan jawapan dia. Aku malas nak bagi cadangan dah.
 
3 comments:
mesti gadget2 dia sentiasa berkilat dan takde habuk kan? huhuhuh..
sanggup berhabis utk gadget2 moden tp merungut bila nk bayar sikit utk kesihatan...pelik tp benar...
die amik personal loan untuk beli gadgets ke? what a waste..
aku beli wii utk husband aku, last2 yang byk pakai adik aku sbb husband aku dok sibuk ngn gadget lain. pffttt..
kesimpulannye, jgn beli gadget utk suami. harharhar
ros : xsure la gajet dia berkilat xde habuk ke sbb aku xpenah pegi lagi umah dia
syu : boleh beli gajet utk suami, tp bagi duit je suh dia beli sendiri.
Post a Comment