Jawapan
Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Benda di atas aku google dari website JAIS. Tujuan aku post bende ni adalah untuk mengingatkan kepada kawan-kawan yang bakal ada anak tentang perkara ni. Tentang kesilapan aku sendiri.
Sedarkah kita bahawa sekarang ini majlis aqiqah ini amat diperbesarkan sehingga melampaui niat aqiqah itu sendiri.
Sekarang sudah menjadi trend untuk buat majlis aqiqah secara besar-besaran. Siap buat kad mcm kad kahwin, ada mcm tempat kecil, letak anak. Bagi door gift berserta gambar sume. Hebatkan!. Aku ada buat majlis aqiqah beberapa bulan lepas. Semua macam di atas aku tak buat tapi kosnye dah mencecah RM4k. Kalau aku buat macam ditulis di atas semestinya kos lagi tinggi.
Cuba fikirkan kalau duit tu aku simpan untuk kegunaan masa depan anak aku lebih berbaloi bukan?
Ya mempunyai anak yang pertama memang menyeronokkan, tapi tidak lah sampai kita perlu membelanjakan banyak wang hanya untuk ini.
Islam itu indah dan mudah, bukan menggunakan wang baru terasa keIslamannya.
Kadangkala kita ditekan secara tak langsung oleh ibu bapa untuk membuat majlis seperti kehendak mereka. Aku tak berjaya tapi aku harap kau mampu menepis tekanan-tekanan tersebut.
Bagi aku cara yang paling afdal adalah sedekah kepada orang fakir miskin daging aqiqah tu. Aku juga ada plan nak buat macam tu, tapi gagal juga.
Akhirnya aku ambil jalan mudah,aku dah berbincang dengan isteri, anak yang seterusnya, aqiqah aku akan buat di surau masa Hari Raya Haji. Daging tu boleh di kongsi dengan kawasan setempat.
Aku nak tulis panjang- panjang lagi aku malas. Korang fikir la baik buruknya sendiri.
"Kesilapan wujud di dunia ini adalah untuk membolehkan kita tahu perkara yang mana benar dan yang mana salah"
p.s : Jangan tanya aku bila anak seterusnya. Aku santau angin nanti!
3 comments:
anak sulung saya, daging aqiqah tu sedekat kat Institut Tahfiz gemencheh je,suh kantin dia masakkan..senang
InsyaAllah anak kedua nak buat lebih kurang macam tu juga,lebih tenang jiwa ni rasanya
thanks bro..
at least aku belajar sesuatu.. ;)
Post a Comment