5.3.11

Parking

Kita ke satu tempat, pusing-pusing mencari parking. 2-3 kali pusing,hampir setengah jam mencari masih takda parking yang kosong. Lepas tu jalan-jalan lagi, nampak ada 1 tempat kosong. Masalahnya ada sign untuk OKU di situ. Tapi kita dengan selamba aja parking sebab jenuh dah 2-3 round cari parking. Situasi ni kat mana-mana pun di KL ni aku nampak. Macam mana kita nak maju sedangkan mentaliti macam sampah. Jelas sungguh, kekayaan,kemampuan dan kebijaksaan kita sebagai manusia hingga mampu membeli pelbagai jenis kereta yang mahal-mahal tidak boleh mencerminkan kematangan kita berfikir.



Ini senario yang aku nampak pagi tadi.Kereta di kanan dan tengah dengan senang hati mengambil parking OKU walaupun ada parking lain yang kosong. Nak dekat dengan pintu masuk agaknya. Maklumlah org Malaysia ni cukup malas berjalan kaki.

No comments: