Salah sorang kaunselor dari AKPK datang ke pejabat Jumaat lepas dan beri taklimat pasal pengurusan kewangan dan kad kredit. Aku ada mintak penjelasan dia pasal skim Ujrah PTPTN.
Banyak blog dah cut and paste artikel pasal penipuan Ujrah ni. Dari pemahaman aku, sebagai contoh kita meminjam RM15K,sudah grad,tidak pernah berbayar. Dikenakan interest(caj perkhidmatan) 3% setiap bulan. Akhirnya hutang telah menjadi RM18K.
Bila kita terima tawaran untuk amik skim Ujrah caj perkhidmatan akan dikurangkan dari 3% ke 1%. Apa yang tidak menjadi ketidakpuashatian semua adalah penukaran 1% itu dikira dari hutang kita berjumlah RM18K bukan jumlah hutang asal RM15K.
Penjelasan bagi ketidakpuashatian ini adalah lebihan 3K itu tetap dikira disebabkan 3K itu merupakan hak yang telah ditetapkan pihak peminjam sebelum ini.
Lebih tepat lagit,kita telah dimaklumkan semasa tandatangan perjanjian sebaik sahaja kita grad perlu mula bayar hutang jika tidak hutang akan berganda-ganda. Jadi setiap kali kita tidak membayar, adalah hak mereka untuk menambah 3% setiap bulan.
Jadi 3% itu adalah hak milik mereka dan kita sebenarnya yang ingkar dengan ketetapan perjanjian. Itu adalah sebab utama kenapa lebihan tadi sebagai contoh RM3K di atas tetap di kira walaupun kita dah buat skim Ujrah ini.
Persoalan dari kanselor tersebut dan boleh kita selidik adalah penerangan dan makluman ini dberikan kepada peminjam semasa diperkenalkan skim Ujrah atau semasa kita menerima skim Ujrah tersebut.
Jadi jika ada masa terluang,pergi ke laman web dan semak ada atau tidak penerangan sebegini diberikan.
Jika tiada mungkin boleh menelefon hotline mereka untuk bertanya.
Sekian saya melaporkan dari Bilik Berita.
No comments:
Post a Comment