25.4.11

Anak

Nak dapat bukan senang. Ada setengah orang bertahun-tahun mencuba baru dapat. Kalau mat rempit sekali tembak dah lekat.
Apa yang aku nak tekankan di sini bila dah ada anak  hargai lah. Bukan senang. Macam-macam dugaan.  Nak mengandung kadang-kadang susah. Bila dah mengandung, alergik lagi. Time dalam kandungan macam-macam boleh jadi. kencing manis, darah tinggi. 9 bulan lak tu. Ada kawan aku anak dia 8 bulan mati dalam kandungan. Time nak beranak  plak, anak boleh mati, mak boleh mati, kedua-dua mati, anak cacat, mak cacat. Kau tgk tu macam-macam kemungkinan. Time dah lahir boleh kene demam kuning, alergik susu ibu, susah bernafas dan penyakit-penyakit lain.

Dugaan macam- macam bila ada anak ni . Tapi bila dah dapat jangan la kita lepas tangan. Jangan segan bertanya, terutama kalau anak pertama. Kaum ibu ni memang tak kedekut ilmu. dari subuh hari ni sampai subuh esok diorg boleh cerita.  Galakkan anak minum susu badan, kecuali memang dah tak cukup atau anak alergik susu badan.Jangan dari awal-awal dah pam susu. Ini sume terpengaruh dengan cerita Kimora. Kilang susu lebih aktif kalau dapat ransangan mulut anak. Anak tu jangan dibiarkan orang lain je pegang . Bagi anak tu kenal mak dan bapak dia. Baby ni memang cukup kenal bau mak bapak dia. Bila anak dah kene minum susu dari botol, pastikan guna botol dan puting yang sesuai. Yang main redah aje. Kalau anak mati tercekik sapa nak tanggung.

Yang paling penting sekali kita selaku ibu bapa jangan lepas tangan bagi mak bapak kita yang urus semua. Itu anak kau, yang kau nak lepas tangan buat ape. Anak aku pun dijaga oleh mak mertua aku, tapi at the end kau masih bapa/mak yang sah. Kau kene galas semua tanggungjawab tu. Kalau dah kau lepas tangan semua. Baik kau suruh bapak kau tembak, mak kau beranak lagi satu. Walau apa pun yang mak bapak kita suruh buat kita dengar. Selepas itu nilai baru buat. Jangan main ikut aja, terutama kau yang belajar tinggi ni. Memang diorang ni berpengalaman, makan garam tapi zaman dulu lain dari sekarang.

Aku nak cerita benda ni sebenarnya. Aku baru tau semalam ada sorang ibu bapa baru ni dah start bagi anak makan nestum. Umur anak baru 1 bulan. Bila ditanya kenapa dan tak bahaya ke bg anak mcm ni. Jawapan mudah lagi singkat. "Mak suruh". "Ok je".
Bagi anak  minum susu botol pun guna puting susu untuk anak 4 bulan ke atas.
Kalau jadi apa-apa kat anak macam mana. Boleh ke nak jawab. "OK je".


"Please,Don't take things for granted!".

2 comments:

Erna said...

ok jerrrrrrrr..

TANPANAMA said...

ade my fren pon cmtu, suap her doter sebulan makan nestum.Bile tanye, she said :"dia asek lapar je, x puas menyusu.."
hmmm....