24.4.11

RM1 tambang tren komuter

Ini pada akhbar hari ini.

KUALA LUMPUR: Dengan hanya RM1, pengguna tren komuter boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu pada hari pertama setiap bulan bermula Mei ini.

Bagaimanapun, tiket itu hanya dijual kepada tiga golongan sasar iaitu warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah yang memakai uniform sekolah atau pakaian kokurikulum.


Presiden KTM Berhad, Dr Aminuddin Adnan berkata, sistem tiket ‘1RM, Produk Dahulukan Rakyat’ itu dijual terhad kepada 100 pengguna pertama saja.

Katanya, produk terbaru KTM Berhad (KTMB) itu diperkenalkan selaras menyahut seruan kerajaan yang menekankan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


“Harga RM1 adalah yang terendah ditawarkan oleh KTMB kepada pelanggan dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami.


“Tiket bagi satu hala dijual bermula jam 6 pagi hingga 6 petang di 51 kaunter komuter KTMB dan pengguna boleh menikmati keistimewaan ini sehingga Disember depan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran tiket 1RM, Produk Didahulukan di Ibu Pejabat KTMB, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merasmikan Program Komuter Run 2011.


Mengulas perkembangan lain, Dr Aminuddin berkata, perkhidmatan komuter dari Senawang dan Sungai Gadut akan beroperasi pertengahan bulan depan dan menjadikan jumlah stesen komuter sebanyak 53 buah.


Persoalannya:
1. kenapa hanya 1 hari dalam sebulan sahaja kenapa tidak dikerapkan lagi?
2. kenapa hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Kenapa tak semua dalam 1 hari tersebut?
3. kalau 1 hari pertama setiap bulan pada hari ahad, konfem budak sekolah dah tak boleh guna,amacam?
4. anda yakin ini produk yang DAHULUkan rakyat?


Cukup sesuai bila diberi keutamaan kepada warga emas,OKU atau pelajar yang beruniform, kadang-kadang aku amat rasakan projek-projek kat Malaysia ni umpama melepaskan batuk ditangga aje.

No comments: