2.6.11

Hari Kedua di HTJ Seremban

Hari ini hari kedua di HTJ. Tiada apa yang baru seperti semalam. Yang menarik hari ini aku masuk ke Jabatan Forensik. Setelah tanya sikit2, aku di bawa road tour. Sempat masuk ke bilik bedah mayat. Bilik bedah mayat berbau ubat. Peralatan di atas meja, ada pisau, pemotong tulang selangka,penimbang otak, alat pemotong otak, penyedut isi perut, pemotong roti dan lain-lain. Nama saintifik alatan aku tak tau. Pisau potong roti di guna untuk belah jantung,hati bila dibawa keluar dari badan. Aku juga melawat peti ais simpan mayat. MA buka peti ais yang kosong, aku masuk tangan untuk rasa suhu dalamnya. Tiba-tiba MA tu buka peti ais yang ada mayat. Nak luruh jantung aku. Aku ingat macam dalam tv, diorg hanya cover dari leher ke ankle. So kepala & kaki terdedah. Nasib baik dia cover semua. Dah la mayat tu mangsa eksiden,masuk peti ais tu 10.50pm semalam. Depan aku dia keluarkan mayat dan DR dah sedia nak buat post mortem. Dia ajak masuk. Aku tak nak sebab takut ngeri. Nasib baik tak masuk. Takut aku nak tengok condition mayat. Mayat tu lelaki melayu umur 44 thn,mati di tempat kejadian disebabkan eksiden motor.
Sebelum aku keluar dari tempat tu,soalan yang aku tny ada tak nampak benda-benda mistik. Antara yang pernah terjadi nampak budak bermain kat ruang legar, nampak MA di pejabat sedangkan MA tu msh on the way ke office. Nampak lelaki berjalan mundar mandir. Dan yang ganas, dengar ketukan peti ais dari dalam sedangkan peti ais tu ksg. Bila buka xde apa,bila tutup start balik bunyi.
Aku ada tanya MA tu apa perasaan di bila 1st time ikut post mortem. Jawapan dia amat mudah. Dia rasa lapar sangat-sangat nak makan. Memang jiwa kental!

2 comments:

kejora said...

kalau saya..nak gak try masuk..selalu tgk CSI jek..nak try tgk live..tp xtaula mampu tgk smpai abes ke x..

rosemyn said...

kalau part mcm ni...gua undur diri beb. takut pengsan. spesis kenderaan berat mcm aku ni bkn sebarangan org leh angkat...