27.9.11

Benda Aku Benci 7

Orang yang sendukkan lauk-pauk di majlis kenduri kahwin. Macam tiada kebebasan pula bila disendukkan ni. Kadang kala kita ke kenduri kahwin dari nasi  sampai amik buah oren yang dah dipotong pun ada orang sendukkan. Mungkin sebab bajet kos kecik sebagai contoh masak untuk 700 orang tapi jemput 1200 orang. Ada jugak bukan kerana bajet kecik tapi kerana kedekut. Bila kita kedekut sangat part makan kat kednuri kahwin ni nanti kita yang rugi. Kalau dah habis majlis tu tiba-tiba nasi dan lauk pauk semua banyak nak bagi kat sape.
Tok dan Nek Lang aku dulu pernah buat majlis kahwin untuk anak dia. Pada masa tu dia antara orang yang pertama buat lauk udang masa kenduri. Kira lauk yang mahal la. Disebabkan itu, ada tukang senduk khas untuk udang itu, Setiap yang datang hanya dapat ambil 3 ekor aje. Bukan besar pun. Saiz sederhana aje. Nak dijadikan cerita, bila dah habis majlis, nasi dan lauk pauk banyak lagi terutama udang tu.
Selaku pelajar universiti yang tiada sumber pendapatan,benda macam ni memang rezeki bagi aku. Aku pun tapau semua benda dalam 3 beg plastik. Teringat kat kawan-kawan lain yang kelaparan juga kat kolej. Sampai kolej, ajak 4 member aku masuk bilik, pastu balun. Memang balun cukup-cukup. Disebabkan amik banyak ada banyak lebih lagi. Sambung lak makan masa malam.
Esok pagi kami berempat menghuni jamban sebelah menyebelah. Cirit-birit. Memang lain macam punya cirit birit masa tu. Kita siap buat pengiraan kat white board siapa paling banyak. Rekod aku time tu 10 kali tapi paling banyak kawan aku 12 kali. Azab. Bila aku tanya mak, sedara mara semua yang tapau kene benda yang sama. Sapa yang datang makan masa kenduri semua tak kena.
Itulah puncanya kalau nak berjimat/kedekut sangat. Melambak yang tak habis. Pastu beriya-riya suruh sedara mara amik bawak balik. Selagi tak bawak balik, selagi tu la mulut pot pet. Benda macam ni jangan nak kedekut sangat, Sebab bila kita buat kenduri niat kita adalah untuk menjamu orang. Apa kejadah nak menjamu jika asik nak kontrol-kontrol masa nak amuk lauk. Kalau kedekut/jimat sangat tak payah buat kenduri. xyah jemput sapa-sapa. Memang jimat.

2 comments:

Erna Kimia said...

kadang2 org senduk tu sbb tak mau kasi buffet try tu tumpah2..kotor. aku rasa la..

Erna Kimia said...

*buffet tray/line