30.11.11

Taman Cabaran, Putrajaya

Sebenarnya aku dah lama nak pergi ke tempat ni tapi disebabkan setup basikal hanya basic, aku tangguh. Selepas sedikit upgrade, aku try ke tempat ni. Taman Cabaran ni terletak pada Presint 20, agak berdekatan dengan PICC.
Apa yang aku boleh kata,Huh mencabar. Lebih-lebih lagi disebabkan 2 hari sebelum tu ada XC Race kat situ dan malam sebelum aku kayuh tu hujan turun lebat.
Trek macam haram  berlumpur. Trek amat teknikal,walaubagaimanapun ada trek untuk beginner(hijau), intermediate(biru) dan expert(merah).
Sebab 1st timer kat sini jadi aku main redah aje trek yang ada, jadi termasuk la trek intermediate dgn expert skali walau niat sbenarnya nak masuk yang beginner aje.



Bawah ni map dari sports-tracker.com. Kalau nak info lanjut klik sini.

Sebenarnya peta lagi panjang sebab aku start kayuh dari Presint 11, tapi aku hanya highligh trek di PCP aje. tapi nak trek penuh boleh terus ke sports-tracker.com tu.

Akhir sekali gambar wajib. Salah satu puncak di Taman Cabaran. Kalau dah sampai atas rugi tak ambil gambar kan.
Kayuh kat sini, kali pertama dalam sejarah sejak mula kayuh basikal 2 tahun lepas, baju lencun basah bermandi peluh. Walaumacamane pun yang pasti aku akan repeat balik Taman Cabaran ni.



No comments: