2.12.11

Penjimatan

Sebenarnya idea ni datang dari twitter aku semalam. Disebabkan kalau nak baca timeline di twitter adalah dari bawah ke atas jadi aku tulis balik apa yang aku post kat twitter tu.

Salah satu pembaziran sektor awam adalah buku nota. Setiap kali kursus bagi buku nota. Sepatutnya penjawat awam ada inisiatif bawa buku nota sendiri.
Jika 7 kali berkursus dengan beranggapan setiap kali kursus itu mewakili 1 hari bagi memehuni 7 hari wajib dalam setahun. Dah ada 7 buku.
Jika setiap penjawat awam ada 7 buah buku setahun, jumlah penjawat awam keseluruhan ada 1.3juta. Maknanya 9.1 juta buku nota diedarkan setahun.
Dengan beranggapan 1 buku nota yang diedarkan berharga RM5, ini bermakna perbelanjaan setiap tahun untuk buku nota sahaja dah 45.5 juta.
Bayangkan jika 45.5 juta itu disalurkan kepada keperluan lain atau salurkan kepada hospital di Malaysia yang memerlukan.


Ini sebenarnya baru satu cara. Banyak lagi cara yang lain. Pen juga diedarkan bersama buku nota semasa berkurus. Jumlah perbelanjaan kerajaan keseluruhan 4.55 juta setahun.
Rasa macam teramat bodoh, pergi berkursus tapi nota dan pen tak bawa. Datang berlenggang. Ini masih berlaku.
Inilah mentaliti penjawat awam yang perlu diubah.
Jika dengan satu cara mudah ini dah boleh dapatkan penjimatan sekurang-kurangnya 50 juta setahun, bayangkan berapa banyak lagi boleh kita jimatkan dengan hanya mengubah mentaliti penjawat awam ini.

Bak kata Dr Junaini yang mengajar aku di kursus bahasa minggu lepas "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."


No comments: