4.11.12

Tweeting

Ada sestengah orang buka akaun twitter utk kelihatan hebat di mata orang lain. Bagi tweet yg mendalam, penuh gaya kebijakan hanya untuk membuat orang lain berasa kagum. Bila membalas tweet dan mention dr org lain pun dibalas dengan kata-kata mendalam.

Sekali sekala tu ok, tapi kalau dah keterlaluan sangat apa gunanya. Adakah nak tunjukkan tahap ketinggian intelek anda? Saja nak menunjukkan sehebat mana anda mengetahui hal-hal semasa?

Aku ni bukan dengki tapi menyampah. Kalau nak unfollow mudah aje tapi takut ada yang terasa hati lak. Biasa lah dah tua2 ni hati memang senang terguris.

Aku tunggu sampai bila dia dapat bertahan sebelum terkeluar satu tweet sampah.

No comments: