3.6.13

Cameron Highlands : Day 2

Jalan jem seperti biasa. Bermula dari Tanah Rata hingga Brinchang. Dengan jumlah pembangunan dan jumlah kenderaan yang semakin bertambah, kesejukan langsung tak terasa. Kali terakhir di sini rasanya 2003/2004, ketika itu masih terasa sejuk. Tika siang boleh berasa mulut bila berkata. Sekarang malam nak jadi seperti itu pun tak mungkin.

1.Hari ini berjaya tiba di puncak Gunung Brinchang. Bukan mendaki tapi menaiki kereta. Jalan sempit. Not advisable untuk menaiki kereta yang jenis lowered, rim besar dan upgrading tak masuk akal. Konfem rosak. Advisable jika hire sebuah pickup truck atau 4 wheel untuk bawa ke sana. Kali terakhir ke Gunung Brinchang adalah pada 2003/2004.
2.Kea Farm dah tak banyak sayuran segar,kalau nak beli semak dulu. Dah mula jual sayuran yang tak di tanam di Cameron Highland sendiri.
3. Makanan nasi campur amat sukar di cari di sana. Kebanyakan restoran/ gerai Melayu sudah menjual menu set pakej walaupun tengah hari.
4. Mamak/ mapley dah mula bermaharajalela di Cameron. Sungguhpun begitu, mereka masih sumber makanan yang amat reliable.
5. Sayuran, pokok bunga, kaktus murah di sini tapi lagi murah jika beli di pasar malam Brinchang.
6. Kedai bernama Muallaf Corner ada jual cendawan yang pelbagai dengan harga murah tapi ia juga bergantung kepada stok. Di tanam di situ dan jual di situ juga.

No comments: