23.8.13

Elysium : Bukan Sekadar Cerita Fiksyen


Filem mengisahkan dunia masa depan di mana Bumi semakin padat, tercemar dan berpenyakit. Mereka yang kaya melarikan diri ke Elysium, satu kota indah di angkasa.  Di sana segalanya indah dan jika anda berpenyakit boleh disembuhkan dengan kemampuan teknologi.Yang miskin, sakit dan tiada apa-apa dibiarkan di bumi  hidup sehingga mati. Max seorang bekas penjenayah mahu masuk ke Elysium disebabkan penyakit yang dialami dari pancaran radioaktif semasa bekerja di kilang. Jangka hayat Max hanya 5 hari. Filem ini berkisarkan 'perjalanan' Max ke sana.
Pertama sekali perkara yang buat aku tertarik untuk menonton filem ini adalah Neill Blomkamp, pengarah dari Afrika Selatan yang hanya aku kenal bila menonton filem District 9. Filem itu walau berkisarkan tentang mahkluk asing tapi sebenarnya sarat dengan maksud mendalam.
Kedua, disebabkan Shartlto Copley. Dia merupakan pelakon dari filem District 9. Dia juga berasal dari Afrika Selatan dan pernah berlakon dalam  filem The A Team, sebagai Murdock.
Ketiga, bagi aku tarikan menonton filem ini barulah disebabkan Matt Damon. Dia tak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup popular.

Filem ini aku sarat dengan maksud yang lebih dalam dari sekadar filem sains fiksyen. Apa yang dipaparkan dalam filem ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam kehidupan kita. Sekarang ini pun yang kaya memerintah dunia. Yang miskin hanya mengikut telunjuk mereka yang kaya.  Dengan duit apa sahaja boleh dilakukan. Dengan duit boleh mendapat kediaman besar, bebas penyakit dan nikmat-nikmat dunia lain. Dengan duit juga mereka yang berkuasa akan kekal berkuasa. 
Bukankah perkara ini sudah sedia berlaku di duni sekarang. Dunia dikuasai kapitalis yang berpaksi keuntungan semata-mata. Pemimpin yang memegang tampuk kuasa tidak kisahkan rakyat yang hidup sukar hanya mahu menjaga mereka yang kaya sahaja kerana mereka lah yang memembantu pemimpin memegang kuasa. Apabila sudah berkuasa, tidak mahu turun dari takhta. Kuasa ingin dipegang hingga akhir hayat.
No wonder filem ini dengan mudah memegang tampuk no 1 box office di US pada minggu pertama dikeluarkan. Ia bukan filem sains fiksyen semata tapi penuh dengan maksud dan isi yang dalam.
Filem ini bagi aku perlu ditonton semua agar mesejnya difahami dan disebarkan.

No comments: