23.8.13

Bertukar

Memohon bertukar umpama membuat terjunan bungee, ia amat menakutkan . Ia menakutkan kerana  kita tak tau apa yang akan kita dapat.Ada sesetegah orang bila sudah selesa dengan keadaan semasa, lebih suka hidup dengan keadaan stagnant. Hidup stagnant, monotonous kadang kala membosankan dan kita perlukan cabaran baru. Disebabkan itu kita perlukan perubahan. Perubahan bagi aku adalah perubahan persekitaran kerja. Apabila tempat sekarang sudah tidak memberikan cabaran yang dikehedaki, aku rasa cara terbaik adalah memohon bertukar. Tempat sekarang amat bagus, cuma diri ini memerlukan angin baru. Mana tahu jika tempat baru akan jadi lebih teruk dari sekarang tapi perlu terima, kerana kita yang mahukan perubahan tu.
Jadi hari ini hari terakhir. selepas ini akan berpindah ke tempat baru. 3tahun 10 bulan di tempat sekarang dan akhirnya bertukar. Selamat tinggal. Jumpa lagi di kemudian hari.

No comments: