26.9.13

Benda aku benci 12

Aku cukup benci bila ada orang-orang yang bersuara tak kira walau ahli keluarga, cuba membuat preference supaya aku tidak membeli barang di kedai atau pasaraya tertentu hanya disebabkan ia diuruskan bangsa lain.
Alasan bangang yang diberikan kita perlu support bangsa sendiri.
Ini penjelasan aku kerana aku cukup benci  kenyataan 'kita perlu boikot kedai tu kerana ia bangsa lain punya dan support bangsa sendiri'.
Aku bagi contoh mudah. Sebagai seorang bapa antara keperluan wajib dibeli setiap bulan adalah lampin pakai buang.  Sebulan beli dalam 2-3 beg. Mari kita buat perbandingan harga.
Satu beg lampin pakai buang jenama Pet Pet harga biasa di pasaran  dan dijual di kedai 'bangsa kita' adalah RM42.90
Kedai 'bangsa lain' ada menjual dengan harga RM31.90 tapi bukan setiap masa, hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Perbandingan harga sahaja dah mencecah RM 11. Jika sebulan aku membeli 3 beg, kos yang perlu dibayar adalah RM128.70 di kedai 'bangsa sendiri' tetapi hanya perlu membayar RM95.7 di kedai 'bangsa lain'.
Penjimatan adalah RM33.
Erti kata lain dengan kos RM128.70 aku boleh beli 3 beg di kedai 'bangsa sendiri' tetapi 4 beg di kedai 'bangsa lain'
Sebagai pengguna bijak yang mahukan harga terbaik yang paling kompetetif bagi mana-mana produk, yang mana akan dipilih?
Membeli di kedai 'bangsa sendiri' atau kedai 'bangsa lain' ?
Aku akan memilih yang beri harga terendah kerana penjimatan yang aku buat boleh digunakan untuk memberi barangan lain.
Jadi adakah pembelian barang keperluan perlu berdasarkan bangsa apa yang menguruskan kedai tersebut?
Sampai bila ' bangsa sendiri' perlu hidup dengan dibantu sahaja?
56 tahun merdeka, 50 tahun penubuhan Malaysia, 42 tahun selepas diperkenalkan DEB, 'bangsa sendiri' masih terkial-kial sentiasa mahu dibantu.
Kepada yang berkata sebegitu kepada aku, mintak maaf lah. pandangan anda bodoh. Pandangan tahi seperti anda patut disimpan sahaja selama-lamanya di dalam dubur agar ia menjadi buasir yang akhirnya memudaratkan diri.

1 comment:

Anonymous said...

Nak biskut?