25.11.13

Nada Alam Fun Ride 2013 : Ceritera Kayuhan

Ini merupakan update yang tertangguh. Tertangguh dari awal bulan ini. Kayuhan berkonsepkan fun ride ni dijalankan pada 3 November 2013 yang lepas oleh developer Seri Pajam. Kayuhan dijalankan untuk program amal kebajikan di mana semua pengayuh perlu membawa 3 buah buku untuk didermakan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Jika tak bawa buku, perlu bayar RM30. 
Jarak dari tempat mula ni dengan rumah aku dalam 1.5km sahaja, jadi amat rugi kalau aku tak join.
Berdasarkan senarai awal yang mendaftar dalam 670 pengayuh semuanya.  Bagi aku program ni adalah win-win-win situation bagi semua. Selalunya win-win situation sahaja yang kita pernah dengar. Win-win-win situation ni pula bagi aku kerana penganjur untung dapat promote kawasan perumahan baru dia iaitu Nada Alam dan dapat deduct tax bila buat program charity, Rider dapat kayuhan free beserta escort, makan,minum, medal, cabutan bertuah dan rumah kebajikan yang dipilih dapat buku yang didermakan oleh rider.



Pagi tersebut hujan menyebabkan masa kayuhan bermula di tangguh ke 8.15 pagi berbanding 8.00 pagi pada asalnya. Yang menarik pasal Nada Alam ni adalah  escort dari marshall dan polis yang amat ramai. Keseluruhan jalan ditutup hanya untuk semua pengayuh. Sepanjang 30km kayuhan ada 3 pit stop. Pertama di Dataran Nilai, kedua di Tiara Heights di belakang Balai Polis Sepang dan yang ketiga di Nilai Square.
Bila pit stop penuh di supply pisang dan air mineral kepada semua rider. Sampai terlalu kenyang. Haha.
Bila sampai ke finishing terus diberikan medal dan boleh ke tempat makan tenghari. Semasa semua rider makan tengahari, lucky draw dijalankan. 11.30 pagi dah boleh bersiap nak balik.
Ini adalah event fun ride yang paling mantap sekali dari segi management kerana sentiasa on time dan tak bazir masa rider2 lain.
Yang paling menarik bagi fun ride ni adalah diberikan finisher medal. Bukan senang nak dapat finisher medal tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Kalau nak diberikan komen aku rasa hanya ada satu,  break yang terlalu lama semasa pit stop yang agak membosankan. Bagi aku la. Bagi yang lain mungkin ok.
Aku harap ini bukan event one-off dan akan dijalankan lagi tahun depan.






No comments: