26.11.13

Trek Labu

2 minggu berturut-turut aku ke sini. Bagi aku ia satu hidangan offorad yang lazat.  Dari mula hingga ke akhir ada climbing yang bagi aku agak azab. Ada yg amat tinggi dan ada yang biasa.
Minggu pertama kayuhan hanya 25km. Umpama sesi pengenalan kepada trek ni. Malam sebelumnya hujan menyebabkan trek amat licin, berlopak dan agak merbahaya bila downhill. Kayuhan jadi perlahan dan amat memenatkan. Minggu pertama 4 orang sahaja yang turut serta.  Alhamdulillah miggu pertama semua kawasan berjaya ditawan dengan kayuhan.
Minggu kedua kembali semula. Plan asal nak tingkatkan ke 40km. Kali ini 6 orang rider. Kayuhan agak pantas disbbkan tanah sudah kering kerana beberapa hari tak hujan.  Bila bergerak dengan pantas, tenaga cepat dihabiskan.
Halfway terpaksa makan energy bar disbbkan terlalu penat. Semua kawasan boleh dikayuh walau bukit yang tinggi kecuali satu bukit ni yang terlalu mencanak naik.
Bila mengayuh bukit mencanak, kayuhan semakin perlahan mengakibatkan hampir terjatuh. Nasib baik sempat buka kasut clip. Nsb baik. Kalau x free2 jatuh bodoh. Ditambah pula mendaki di bawah terik matahari lagi seksa.
Yang mengujakan bila mendaki ni adalah downhill selepas pendakian.
Huh. Memang padu. Cuma kene berjaga2 untuk elak kemalangan yang tak dijangka.
Asal 40km akhirnya hanya jadi 30km disebabkan ada yang kene balik awal untuk kenduri dan tak terlalu penat nak teruskan.  Jam pun dah hampir pukul 12. 
Menurut Huzaimi rider yg lead kayuhan ni, trek ni boleh cecah hingga 60km. Huh. Xtercapai lagi akal nak kayuh offroad sejauh tu.
Walaubagaimanapun kalau ada masa lain, nak cuba kayuh offroad sejauh 40km tu.

No comments: