Sifat manusia suka dan mahu menjadi orang pertama dalam sesuatu. Kadang kala menjadi yang pertama tu bagus tapi tak semua situasi di mana kita perlu menjadi yang pertama.
Sebagai contoh kita sentiasa mahu jadi yang pertama update di media sosial gambar kemalangan sedangkan yang sepatutnya kita jadi yang pertama membantu bila nampak orang yang kemalangan.
Kita juga nak jadi yang pertama untuk update gosip artis sedangkan penting sangat ke gosip tu hingga kita perlu jadi yang pertama?
Kita juga nak jadi yang pertama untuk update satu-satu maklumat panas yang kadang-kadang SULIT dan tak boleh lagi diketahui orang awam sedangkan maklumat SULIT itu sensitif dan perlu dirahsiakan sehingga boleh dimaklumkan kepada semua.
Yang paling aku tak boleh terima sekali adalah kita sentiasa nak jadi yang pertama update pasal isu dan hal-hal agama tanpa ada sebarang ada rasa tanggungjawab untuk semak dulu maklumat tu sebelum sebar. Bagaimana jika maklumat tu palsu, tidak sahih dan menjatuhkan orang lain?
Bukankah ia BERDOSA?
Hebat sangatkah dan tinggi sangatkah status diri kita nanti bila kita sentiasa jadi yang pertama dalam hal-hal sebegini?
No comments:
Post a Comment