Aku br dpt tau dari kisah yang diberitahu oleh kawan yang disampaikan oleh kawan berdasarkan komen seorang kawan yang lain bahawa aku ni terlalu vokal. Setiap komen yang keluar dari mulut mahupun keluar dari tulisan amat pedas. Komen lebih difokuskan kepada tulisan aku dalam group persatuan.
Ada logiknya komen tersebut tapi seperti orang lain aku sentiasa mempunyai pendapat dalam sesuatu perkara. Setiap pendapat itu perlu dinyatakan walaupun kadangkala apa yang dinyatakan amat pahit diterima orang.
Yang membezakan aku dengan orang lain mungkin mereka tidak berani berkata sesuatu atau mereka lebih gemar pendapat yang ada didengari oleh diri sendiri sahaja.
Hidup dalam masyarakat yang perlu bersopan santun, perlu berlapik setiap masa menjadikan perbuatan aku kelihatan seperti seorang outcast berbanding ahli masyarakat lain.
Mungkin juga itu sebabnya aku mendapat keputusan sebegitu pada majlis yang lepas.
Apa yang boleh aku katakan kadangkala kita perlu menjadi diri kita sendiri untuk 'hidup'.
21.1.14
Perihal Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment