Mula dari Isnin malam yang lepas aku dan isteri dah decide untuk hantar anak ke kelas mengaji. Walaupun tadika yang aku hantar sekarang dah sediakan kelas mengaji waktu petang tapi aku bagi sedikit tambahan kelas bagi memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran dia.
Selepas 2 hari aku tengok banyak perubahan dari segi minat. Semalam sendiri 7.30 malam Ammar dah sibuk suruh aku hantar pegi mengaji sedangkan pukul 8 malam baru kelas mula.
Aku hantar Ammar mengaji di PASTI As-Soff . Selain mengaji IQRA' ada juga solat isyak berjemaah dengan ustaz di sana.
Isteri ada bagitau yang dia berharap bila masuk darjah satu Ammar dah boleh mula mengaji Al-Quran. Mudah-mudahan..
2 hari ni benda yang asyik di ceritakan hanya mengaji dan solat sahaja. Sejuk hati. Aku sendiri bukan la alim tapi sejuk melihat minat anak sebegitu. Minat anak sebegitu sebenarnya mengajar aku betapa aku sendiri agak jauh dengan perkara sebegini.
Ini adalah pembelajaran secara dua hala.

No comments:
Post a Comment