20.4.14

Buat Baik Belum Tentu Dibalas Baik

Dalm bulan 3 tahun lepas. Kereta aku eksiden. Isteri yg bw. Tgh hantar budak balik rumah lepas aktiviti sukan. Dilanggar moto yg dipandu budak tiada lesen yang melintas jalan tanpa berhenti.
Budak tu patah kaki. Kereta kene tarik sbb tak boleh start.
Moto budak tu agak teruk.
Atas dasar kasihan aku decide untuk tak claim pada famili budak tu dan dr insurans moto tu.
Sebabnya kasihan dia keluarga susah, pastu patah kaki pula.
Repot polis aku buat utk tujuan claim. Dr info sarjan bertugas side aku tak salah.
Untuk repair kereta aku, claim dr insurans sendiri. Rugi NCD yg dah full.
Kawan2 si pejabat kata aku bodo sebab baik sangat. Aku diamkan aje.
Seba aku rasa aku buat benda yang betul walaupun bukan salah aku.
Empat hari lepas lepas, isteri aku dpt call dari lawyer insurans kereta yang syarikat insurans moto budak tu nak saman. Selepas satu tahun sebulan baru nak saman.
2 hari lepas panggilan telefon dr lawyer, sarjan dulu tu telefon minta tolong cari budak tu dah suruh ke balai untuk urusan ttp kes atau sebagai.
Ikutkan hati aku malas sebab aku mmg hangin bila dpt tau nak kene saman.
Aku buat juga dan maklumkan kepada budak tu dan mak dia supaya segera ke balai.
Yang menyakitkan hati, mak dgn anak dia boleh plak buat tak tahu isu aku nak kena saman bila aku tanya dia.
Kata isteri aku mungkin dia benar2 tak tahu.
Kata aku, kita kene tipu sekali je cukup. Jangan sampai kali ni kita tertipu dengan muka innocence dia plak.
Masa hr tu janji xnak buat apa2 tindakan lanjut. Kali ni tiba2 nak saman.
Kalau kali kedua ni pun kita nak percaya maknanya bodoh la kita ni sebenarnya.
Aku cukup bernasib baik ms eksiden dulu, aku buat repot polis utl claim. Jika waktu tu aku guna duit sendiri utk repair kereta, tak buat repot polis aku yakin dan pasti aku akan kalah bila kena saman ni.
Aku ada semak balik dengan sarjan tu, kalau ikutkan keluarga budak tu xde harapan nak menang.
Pertama sebab budak tu takde lesen dan kedua sepatutnya budak tu berhenti di simpang bukan main jalan aje.
Aku seminggu ni rasa kecewa dengan hal ni. Tapi aku simpan dalam hati aje la sebab tak nak bagi isteri aku risau.
Niat di hati ni ikhlas masa tahun lepas, siap isteri aku bg duit pada budak tu sebab kasihan tapi setahun selepas tu lain pula ceritanya. 
Aku dah belajar satu perkara penting minggu ni.
Buat baik belum tentu dibalas dengan baik.

No comments: