19.4.14

Penjimatan

Ada banyak penjimatan yang kita boleh buat dlm seharian tetapi kita lebih gemar komplen tentang kenaikan harga. Aku bagi contoh paling mudah.

Secawan nescafe di kafe pejabat berharga RM1.40.
Sebotol nescafe berat 50g berharga RM6.
Setin susu berharga RM3.

Dengan sebotol nescafe dan setin susu tu aku boleh buat 20 cawan nescafe.

Jika kita darab kan RM1.40 secawan nescafe di pejabat dengan 20  hasilnya RM28.

Jika buat sendiri hanya RM9.

Penjimatan sebanyak RM19.

Jadi jika boleh berjimat kenapa kita tak buat?
Setiap orang akan beri seribu satu alasan kenapa tak dapat buat, pokok pangkalnya diri kita adakah mahu untuk berubah.

Aku sekarang dah mula bawa air nescafe sendiri dari rumah.

1 comment:

norinaomar said...

aku pun bawak teh o,kadang2 kopi o,,kadang2 milo..tinggal masuk dlm esbok je