15.7.14

Lifeline ID

Sejak aku mula aktif bersukan ada beberapa perkara yang aku amat concern masa menjalankan aktiviti. Salah satunya adalah keselamatan. Terdapat banyak kes sekarang di mana berlaku pelari dan pengayuh basikal yang dilanggar kenderaan lain semasa melakukan aktiviti. Ada yang cedera teruk dan ada juga yang meninggal dunia.
Kemajuan teknologi menyebabkan hampir semua menggunakan handphone touch screen. Untuk security kita gunakan pula keypad lock atau password pada handphone tersebut. Tak banyak pengguna yang tau bahawa kita boleh set ICE pada handphone tersebut. ICE merupakan In Case of Emergencies di mana no yang di set pada ICE boleh di telefon walaupun screen masih lock.
Atas sebab tu aku tergerak nak dapatkan Lifeline ID. Ia merupakan satu produk di mana details kita diletakkan pada satu plat dan dipakai pada tangan, jam dan lain-lain. Ia lebih kurang sama dengan produk Road ID dari US. Walaubagaimanapun its a hassle untuk beli dari US dan hantar ke sini. Jadi membeli dari kedai tempatan lebih berbaloi.
Ini adalah Lifeline ID kepunyaan aku. Beberapa maklumat aku padam pada plat tu untuk elak disalahgunakan.

Kalau dilihat di situ boleh letak sebanyak 6 baris dan maklumat yang ingin kita letak terpulang pada diri. Bagi aku yang mempunyai alergi pada ubat, nama ubat yang aku alergi perlu diletakkan. Tujuan utama pemakaian  bracelet ini adalah mudah. Just in case in the future terjadi apa-apa masa aku melakukan aktiviti sukan, segala maklumat ada di tangan dan mempercepatkan mereka yang cuba membantu aku pada masa itu.


Ini bukan post berbayar dari sesiapa cuma ingin berkongsi kepada sesiapa yang membaca.

No comments: