13.7.14

Polar H7

Aku dah menggunakan sports-tracker sejak 2009 aku rasa. Sports-tracker ni yang menaikkan minat aku dengan sukan. Dari mula saja-saja nak test apps ni kat phone terus terjebak dengan running dan cycling.

Sports-tracker ada Heart Rate Monitor (HRM), cara pembelian hanya melalui online. Disebabkan dia tak ship ke Malaysia aku terpaksa cari alternatif lain.

Atas sebab itu aku beli Polar H7 ni. Ia adalah HRM. Apabila dah beli disebabkan tak boleh link dengan apps Sports-tracker, aku terpaksa cari apps baru. Akhirnya aku pilih Polar Beat. Dahulunya hanya available untuk iOS tapi sekarang dah boleh dengan Android. Walaubagaimanapun hanya compatibe dengan Android 4.3 ke atas dan dengan beberapa jenama/model phone sahaja. Info lanjut boleh klik sini.





Cara nak guna mudah sahaja. Pertama sekali muat turn apps Polar Beat. Kemudian create account, log in dan seterusnya terus klik Settings untuk pair HRM dengan apps. Kali pertama mungkin ambil masa yang agak lama sket. Di situ juga boleh nampak kondisi bateri dan connection.

Polar H7 ni juga compatible untuk diguna bersama apps lain. Bagi aku ni salah satu marketing strategy nak lariskan jualan. boleh rujuk sini untuk apps yang bersesuaian.

Setakat ni baru 5 kali guna Polar Beat yang di pairing dengan Polar H7 ni. Sepanjang 5 kali ni baru sekai bermasalah di mana GPS tak detect masa kayuh. Stop detect dalam KM ke 26 sedangkan keseluruhan kayuhan 38km. Walau bagaimanapun aku lebih merasakan ia adalah masalah dari phone bukan apps Polar Beat disebabkan GPS Sport-tracker pun tak berfungsi bila di buka pada masa sama.

Data seperti biasa boleh dikongsi ke facebook atau Twitter. Bila nak tengok data tu di PC boleh ke Polar Personal Trainer atau pun Polar Flow. Polar Flow ni masih baru dan di peringkat beta. Aku pun masih belum nampak pro dan con website mana lagi bagus dan memberi kesenangan untuk pengguna.

ni yang keluar pabila di share ke FB dan Twitter

Aku pun tak habis godek lagi kelebihan Polar Beat dan laman web untuk Polar ni. Mungkin kalau ada masa untuk posting seterusnya.


Ini bukan post berbayar dari sesiapa cuma ingin berkongsi kepada sesiapa yang membaca.

No comments: