Di
kala kebanyakan penganjur meletakkan harga min RM50 untuk satu jamboree, ada
juga yang bermurah hati untuk menganjurkan jamboree secara percuma but the
catch is semua harus self-supported by rider. Penganjur hanya sediakan trail,
penanda jalan dan marshall selainnya macam air, medic, makan dan minum
sebelum,semasa dan selepas trail adalah tanggungan rider sendiri. Tak dilupakan
juga no medal, no t shirt dan no plat.
Tiada
masalah bagi aku untuk jadi turut serta.
Untuk event ni aku bawa sendiri air dengan water bag, choki2 yang aku
tak makan pun dan sedikit duit untuk beli apa2 jika ada kedai. Untuk event ni
hanya 2 orang dari STC iaitu Nordin dan aku.
Event
dilakukan pada 16 September 2014, hari Malaysia. Dari gambar dikatakan ada 103
pengayuh pada hari ni. Lokasi permulaan adalah di Restoran Asik Maju, Seksyen
2, Bandar Baru Bangi.
Plan
untuk bermula jam 8 pagi tapi biasalah disebabkan jumlah terlalu ramai lewat
sket. Selepas briefing oleh penganjur SPride dan BMB Rider yang diketuai Pak
Din, dalam 8.30 kayuhan bermula. Event
ni bukan berkonsepkan race macam jamboree sedia ada jadi kelajuan adalah
minimal.
data dr Garmin Connect |
Aku
cuba duduk di depan sepanjang kayuhan. Ini sebenarnya untuk mengelakkan dari
tersekat dalam traffic jam terutama bila climbing dan single trail. Bermula
dari Bukit Mahkota ke arah Bangi lama dan seterusnya Kampung Sungai Buah.
8km
pertama dah dihidangkan bukit yang menyesakkan dada. Dari trail landai terus
mencanak naik. Bermula dari jalan batu kerikil yang jadi sedikit jam disebabkan
tayar tak grip hingga ke uphill ke bukit tanah merah yang licin disbebkan hujan
pada hari sebelumnya.
pandangan dari atas |
Seterusnya
downhill yang agak panjang. Downhill yang menyeronokkan tu menyebabkan aku dan
beberapa lain terbabas ke depan dan terlepas satu simpang. Nasib baik ada yang datang
panggil balik. Kalau tak duduk la kat tempat sesat tu sampai petang.
Single
trail seterusnya di kawasan semak yang baru di buka untuk event ni yang membawa
ke ladang sawit. Keadaan ladang sawit seperti biasa memang bersifat mendaki dan
bergerak dalam pusingan. Terus mengikuti leader dan paper trail yang disediakan
untuk ke puncak bukit botak. Ada juga nama lain yang diberikan iaitu bukit
Lembu. Sebab dipanggil nama sebegitu adalah taik lembu bersepah2 di puncak.
Group Photo di Bukit Lembu. ms ni msh ada yg belum sampai. bike malfunction |
Seterusnya downhill yang agak panjang dan mengujakan dan terus mengayuh hingga jumpa terowong melalui bawah lebuhraya ELITE. Seterusnya pendakian menyesakkan dada di Bukit Gen Set. Alhamdulillah setelah percubaan kali ke empat pada bukit ni dapat juga mengayuh dari bawah sampai habis ke puncak. Downhill yang membawa ke belakang kawasan USIM dan berakhir ke tasik besar di kawasan Nilai Spring.
Laluan
di tasik Nilai Spring tu dah tak becak seperti dulu disebabkan ada kerja
meratakan tanah yang aku rasa dari developer. Mengayuh ke single trail yang
bermula dari belakang padang Golf Nilai Spring dan melintasi 3 sungai kecil
yang rideable. Selepas tu sambung single trail hingga ke satu laluan menuju
puncak pylon yang bagi aku memang tak boleh di kayuh. Ada juga yang kayuh
separuh jalan. Aku hanya menolak dari bawah ke puncak pylon.
Terowong sblm Bukit Gen Set |
Di
puncak pylon tu berehat agak lama sebabkan nak regroup dengan yang lain-lain.
Lagipun laluan menolak ke puncak pylon tu hanya muat untuk seorang rider jadi
perjalanan agak lambat.
Setelah
berehat hamper 20 minit, sambung downhill dari pylon ke kawasan Kampung di
Jenderam. Kawasan kampong jalannya agak mengelirukan jadi aku cuba kayuh rapat dengan leader kayuhan. Di Jenderam ni merupakan 1st water station
yang akan dijumpai semua pengayuh iaitu kedai runcit.
Take 5 di kedai runcit kat Jenderam |
Mereka
berehat agak lama di sini. DIsebabkan aku perlu balik cepat kerana ada tetamu
datang rumah, aku dan beberapa lain gerak dahulu untuk kayuh balik. Pada masa
ni hanya laluan road sahaja.
Masa
ni aku dan Nordin dah terlalu kepenatan dan hanya mengayuh ikut kekuatan kaki
dan baki tenaga yang ada untuk ke rumah. Aku tak park kat Restoran Asik Maju
tetapi park di rumah Nordin yang dalam 3km dari restoran. Hasilnya aku sampai ke rumah Nordin pada jam
1 dengan mileage pada 47.5km.
Konsep
kayuhan sebegini harus diteruskan di mana ia kembali kepada konsep jamboree
disebenar di mana pengayuh berkumpul atas satu niat iaitu mengayuh
beramai-ramai untuk kepuasan diri masing-masing dan kepuasan berkumpulan. Tiada
apa yang perlu dikejar samada ranking
atau medal gold dan sebagainya.
Kepuasan
mengayuh bersama dan berkenalan dengan pengayuh lain menjadi intipati Free
Jamboree ni.
Aku
ucapkan tahniah atas penganjuran dan kesudian pihak penganjur terutama Pak Din dan
Deen Diamondback dalam menjalankan jamboree ini. Usaha mereka untuk riki trail,
letakkan tanda dan mengambil gambar (ini part paling penting) dalam jamboree ni
adalah usaha yang amat murni dan tak semua boleh lakukan termasuk aku.
Ini
kali kedua event berkonsepkan free sebegini yang aku join. Yang pertama di
Ladang Batang Benar dan aku pasti ia bukan event yang terakhir.
Aku dan Nordin sambil di photobomb Mamat |
Lebih banyak gambar boleh lihat kat FB Group Spirit Team Cycle
No comments:
Post a Comment