14.9.14

Kayuhan Nasi Lemak Ikan Keli

Selalunya kayuh offroad atau on road malam. Kali ini pada weekend saja buat perubahan  untuk kayuh road. Kemuncak bagi kayuhan ni adalah nasi lemak ikan keli di pekan Lenggeng. Sebenarnya kedainya biasa2 aje , rasa pun biasa2. Cuma penariknya ada sambal ikan keli yang susah nak dijumpai pada tempat lain.


Mula kayuh dari Batang Benar dalam jam 7.20 pagi bersama Pijan menuju ke Pelangi Semenyih 2. Di sana regroup bersama Hasni dan Taufiq. Sambung kayuh ke simpang ke Broga untuk jumpa Rizal yang kayuh dari Balakong.
Lepas sahaja Universiti Nottingham dan menghampiri Broga hujan turun. Memikirkan hujan yang dirasakan akan turun sepanjang hari kita terus redah sahaja mengayuh dalam hujan.



Singgah untuk makan nasi lemak ikan keli dan menunggu hujan reda. Disebabkan hujan belum reda, kita ambil keputusan untuk redah sahaja untuk balik. Kat kedai tu berjumpa dengan CEO MAS , Ahmad Jauhari yang sama berenti untuk refill. Dia juga pengayuh rupanya. Orangnya amat humble. Dari pertanyaan kemungkinan jarak kayuhan dia hari ni dalam 140km. Memang hebat.


Tamat keseluruhan kayuhan dalam 55km dengan 5 orang pengayuh. Masa diambil 2 jam 21 minit. Dari masa yang diambil nampak tak sukar nak habiskan 60km ride duathlon tu dalam masa 3 jam. Walaubagaimanapun kayuhan kali ni banyak dibantu dengan suhu yang sejuk sebab hujan dan matahari yang mennyorok di sebalik awan. InsyaAllah lepas ni nak cuba habiskan 60km dalam 3 jam pula tanpa rehat lama. Mungkin break kejap shj.

dari kiri  Taufiq, Rizal, Hasni dan Pijan


Info dari Garmin boleh klik sini.
Gambar lain boleh tengok di fb group spirit team cycle.

No comments: