1.9.14

Trail Batang Benar

Pagi tadi ada kayuhan santai ke trail Batang Benar. Sebenarnya trail ni belakang rumah aku aje tapi tak try kayuh sebab tak berani kayuh sorang. Kali ni  lepas ada team yang buat riki trail minggu lepas,satu event kecil-kecilan dah dibuat di fb. Hasilnya 49 orang datang pada hari ni.



Jarak keseluruhan tak panjang hanya 21km sahaja( 8km onroad). Total hari ni dalam 35km disebabkan aku kayuh dari rumah ke tempat permulaan di  Bukit Mahkota.
Bermula dari Bukit Mahkota ke Batang Benar dan terus masuk ke kawasan offroad. Kawasan offroad bermula dengan mendaki hingga ke puncak. Seterusnya jalan menjadi simpang 3, amik kiri  kerana kalau lalu kanan walaupun akan keluar ke tempat sama ada anjing yang akan mengganggu kayuhan.
Seterusnya akan naik hingga ke puncak pencawang. Laluan bukit agak tinggi dan licin dengan loose gravel. Senang tayar berpusing.
Dari puncak pencawang donwhill yang lazat dan agak membahayakan kerana banyak loose gravel seterusnya jumpa simpang 3 di mana ada laluan keretapi di sebelah. Ke kiri akan balik semula ke Kampung Batang Benar. Ke kanan dan terus sahaja sehingga keluar di Bukit Mahkota.
Ada tambahan sedikit ke MCP hari ni dan aku hanya ambil easy loop sahaja., tak larat nak hard loop.

Terima kasih kpd tuan rumah seksyen 5 bukit mahkota yang menyediakan sarapan utk 4 org pada pagi tu. Catering dari mamak katanya utk hidangan pagi tu.



















Data dari Garmin boleh di lihat di sini.
Gambar-gambar lain boleh tengok di sini, sini dan sini.

2 comments:

Roskam Iddlie said...

Kalau boleh start lagi awal, lagi best.

Tetapi event ni memang terbaik sebab kehadiran sangat baik.

No Surprises said...

Kalau nak mula awal. Pasni kita kayuh sendiri pun ok. Rsnya dah ingat trek