2.9.14

VO2 Max

Antara sebab utama aku beli Garmin Fenix 2 sebenarnya adalah nak monitor aktiviti kayuhan atau berlari. Bila dah selalu berkayuh ni adalah penting kita lihat samada kayuhan kita tu berkualiti atau tak. Kalau tak rugi kita spend masa yang  utk berkayuh atau berlari tetapi tiada hasil.
Hasil ni bukan dari segi kepuasan kita buat aktiviti tu sahaja mesti juga ada hasil dari segi peningkatan taraf kesihatan, penurunan berat badan, kesihatan mental dan lain-lain.
Salah satu feature yang aku pernah dengar dan tak pernah ambil tahu apa adalah VO2 Max.
VO2 Max ni adalah jumlah amaun oksigen yang kita boleh terima bila kita bersukan. Lagi tinggi bacaan VO2 Max kita lagi fit diri kita.
Ia diukur dalam mil/kg/min

Boleh klik kat link ni untuk info lebih dalam.



Apa yang agak menyedihkan aku adalah bila lihat kat gambar atas ni. Dari mula aku pakai Fenix 2 pada 29/7 hingga la sekarang VO2 Max aku semakin jatuh. Ni pun jadi penyebab kepada timing aku yang teruk masa KRI X-Trail Duathlon ( race report event ni akan diletakkan pada post lain).
Pada hari event level aku drop lagi. Aku bermula dengan 41 ml/kg/min menurun hingga ke tahap sekarang 38 ml/kg/min.


Kalau berdasarkan VO2 Max table di atas keadaan aku dari Fair telah jatuh ke tahap Poor to very Poor dah sekarang. Aku dalam kategori 30-39 tahun.
Jadi aku ada masa lagi 2 bulan lagi untuk berusaha gigih mempersiapkan diri untuk Port Dickson International Duathlon. Kalau boleh nak berada dalam keadaan terbaik supaya dapat tamatkan dengan masa yang baik.
Mungkin aku patut incorporatekan  beberapa training program dalam Fenix 2 dan gunakan sebagai latihan.
Dalam jangka masa pendek ni aku nak pastikan naik balik ke tahap seperti sebulan sebelum ni. Mudah2an diberikan masa dan kesihatan untuk dapatkan.


No comments: